Wednesday, September 7, 2011

KEMPEN PIALA MALAYSIA

PIALA MALAYSIA – IMPAK PASUKAN BOLA SEPAK KELANTAN

Kehadiran Pasukan Kelantan atau The Red Warriors selepas dijenamakan semula dalam kancah bolasepak Malaysia banyak memberi impak kepada perjalanan bolasepak Negara jika dilihat secara positif.

Ini dibantu dengan kehadiran penyokong TRW yang semakin bertambah dari hari ke hari. Dan apa yang membanggakan penyokong TRW bukan sahaja dari negeri Kelantan sendiri tetapi datang dari negeri lain diluar Kelantan. Rantaian penyokong TRW boleh dikatakan ada diseluruh Malaysia dengan stadium stadium di sekitar Kuala Lumpur menjadi seolah-olah stadium rasmi kedua Kelantan selepas Stadium Sultan Muhd ke 4 di Kota Bharu. Kelab Peminat TRW juga juga telah tumbuh dengan pelbagai nama yang dicipta semata mata memberi sokongan yang tak berbelah bahagi. Kehadiran peminat Kelantan sentiasa melebih 5 ribu orang di stadium diluar Kelantan!

Aura

Aura TRW dilihat menjadi sebutan dan hamper disetiap negeri di Malaysia yang menjadi pasukan lawan TRW di stadium masing masing akan dipenuhi penyokong yang sebelum ini tidak mahu atau berat untuk turun menyaksikan perlawanan pasukan bolasepak negeri masing masing. Namun bilamana kehadiran TRW menjadi pasukan lawan negeri berkenaan stadium dihidupkan semula dengan puluhan ribu penyokong yang turun semata mata ingin melihat pasukan negeri mereka menentang pasukan TRW dan pastinya harapan mereka ingin melihat pasukan negeri masing masing menumbangkan pasukan TRW!

Anak jati TRW yang merantau dinegeri yang berkenaan pastinya menjadi penyokong pertama yang akan turun mendapatkan tiket untuk menyaksikan pasukan kesayangan TRW beraksi dan memberi kepuasan bilamana kemenangan dipihak TRW terutamanya bila kemenangan dengan jumlah jaringan yang besar.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/RedWarriorstepatiramalan/Article

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0907&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_03.htm

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Kijanggarang/Article/index_html

Untung

Siapa yang untuk sebenarnya? Pastinya Fan TRW akan tersenyum puas menyaksikan kesebelasan utama bermain dengan baik dan jika tidak pasukan TRW akan diberi sedikit teguran namun sokongan tidak pernah luntur. KAFA pastinya tersenyum lebar bila kutipan tiket mancapai sasaran dan mungkin lebih asalkan tiada insiden seperti balingan mercun yang akan mengurangkan pendapatan KAFA kerana membayar denda dan insiden negative yang meberi kesan kepada kantung Persatuan Bolasepak Kelantan.

Jika bermain diluar Kelantan siapa yang untung?

1. Pemilik kapalterbang MAS, Airasia, firefly
2. Syarikat BAS dan pengangkutan awam yang lain
3. Penjual barangan sukan,jersey TRW dan peralatan sukan pasukan negeri
4. Pemilik hotel
5. FAM
6. Pengurusan stadium negeri
7. Negeri yang menjadi tuan rumah menentang TRW (Pelancongan)
8. Peniaga tempatan (makanan,minuman,etc)
9. Pemilik parking berbayar
10. Pemilik media,surat khabar, Media elektronik
11. Penaja pasukan
12. Pengusaha minyak petrol
13. Klinik swasta
14. Persatuan bolasepak negeri
15. LHDN/KWSP
16. Semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung

Anak tiri

Namun pasukan TRW,khususnya fan TRW sentiasa dianaktirikan bilamana berlaku sesuatu insiden,kita terus didenda dan diabaikan segala kebajikan sedangkan sumbangan TRW,KAFA, Fan TRW seluruh rakyat Kelantan serta Bapa Pembangunan Bolasepak Moden Kelantan, YBhg Tan Sri Anuar Musa, yang menjadi pencetus kepada kebangkitan bolasepak Negara.!
Kita akan semuanya sejahtera jika semua pihak adil dan professional dalam pengurusan bolasepak Negara dalam memastikan kita semua mendapat manfaat hasil daripada kebangkitan bola sepak Negara yang cuba dicetuskan oleh pasukan dari pantai timur ini. Satu suara, satu matlamat dan Satu Bolasepak…Gomo Kelate Gomo

Monday, July 4, 2011

Bolasepak Melesia sana sini..

Huh sungguh mengecewakan apabila situasi bolasepak negara dalam keadaan tidak menentu walaupun mungkin setengah pihak beranggapan bolasepak Melesia khususnya bola Kelantan berada pada kemuncaknya.

1. Kelantan Naib Juara Piala FA.
Sungguh mengecewakan, di 20 saat terakhir meraikan kejayaan tetapi dikejut dengan kekalahan yang agak mungkin mustahil. namun ia dah jadi sejarah walaupun banyak faktor yang boleh dikaitkan!

2. Melesia VS Taiwan di SSNBJ
Macam menyaksikan team Selangok VS Taiwan, majoriti pemain dari selangok dengan penampilan Penjaga gol yang tidak menyakinkan namun disebabkan penyudah yang kurang menjadi dari penyerang Taiwan kita menang dengan majoriti tipis. Tapi menjadi kebanggaan mungkin seluruh peminat bola Melesia! Fakri Shaarani? Hanya striker pada nama yang hasilnya? Mengecewakan tidak langsung memberi kegerunan pada lawan.Safiee salee/ Penyerang kebanggaan Melesia yang hanya gah pada publisiti yang melampau! tanpa sokongan rakan yang bole mengumpan untuk jaringan gol,Safiee Salee hanyalah pelengkap senarai penyerang Melesia.

3. Pengulas Sukan Melesia
Dilihat pengulas sukan Melesia belum mencapai tahap menjadi pengulas sukan yang profesional, lebih bersikap kenegerian dan emosional. Jelas dapat dilihat bila pengulas dari stesen TV berbayar dengan rakan senegeri yang gagal memberi ulasan sebaiknya bila melibatkan pasukan yang melawan pasukan kelahiran negeri pengulas. Mengecewakan.!

4. Pasukan pelapis Melesia
Menjalani latihan hampir seluruh pelusuk dunia dengan harapan menjadi pasukan pelapis kebanggaan. Namun apabila menentang pasukan diluar Melesia hasilnya/ Tewas. walaupun dengan pasukan yang lemah! Wang dibelanjakan tidak terkira banyaknya, hasilnya pasukan pelapis tidak mampu pun untuk dilihat sebagai sebuah pasukan yang hebat!

5. Bolasepak Melesia dan Politik.
Tatkala semangat bolasepak semakin mekar dikalangan peminat,ianya mungkin dipatahkan semangatnya gara gara politik mula diserapkan. Benda yang remeh yang sepatutnya sensitif dikalngan peminat tidak dihiraukan. Orang yang tidak pernah hadir menyaksikan pasukan bermain digelanggang sendiri pun boleh diiktiraf sebagai peminat no 1 dan orang yang sepatutnya diiktiraf?entahlah,inilah permainan dunia. Kenapa kita susah nak belajar dengan kuasa hebat bolasepak dunia yang jelas tidak melibatkan unsur politik dalam bolasepak? Dan bolasepak terus maju! bolasepak kita?.......Tepuk dada tanya selera!

6. Taiwan VS Melesia
Hahaha penjaga gol yang sering melepaskan banyak gol terus menjadi pilihan utama. Walaupun hanya menyelamat satu penalti tetapi bolos tiga bijik dan tewas namun masih dijulang sebagai wira.Fakri Shaarani? Kekal sebagai penyerang tanpa fungsi yang tak mampu berbuat apa apa untuk pasukan. cukup untuk hanya melengkapkan jumlah pemain dalam pasukan. Pemain Selangok? Tetap menjadi pilihan utama Kinggobal walaupun hanya menampakkan kelemahan yang ditunjukkan dari segi pertahanan, tengah dan jentera serangan.

7. Melesia VS Singapura?
hanya menyokong atas nama bendera jika pemain sama menentang Taiwan dikekalkan! Good luck Melesia.

Wednesday, May 25, 2011

INILAH DUNIA BOLA KITA...

Lama tul tak menulis selepas jadi juara Piala Sumbangsih ni...namun setiap 'game' yang melibatkan TRW tidak pernah ditinggalkan dan hampir setiap 'game' di SSM4 tak pernah ketinggalan cuma satu dua 'game' yang berlangsung hari selasa je yang tidak dapat hadir.
Hasil pemerhatian sepanjang Liga dan Piala FA berlangsung sehingga 22 Mei 2011, beberapa catatan dapat dibuat

The Red Warriors

1. Kelantan tewas ngan jaringan besar iaitu 4-3 ngan TTEAM, 4-0 ngan Perak- kesimpulan,kalau tewas, tewas ngan jaringan besar! Namun masih kebal tanpa tewas di SSM4.

2. Secara keseluruhan 'game' TRW akan dipengaruhi dengan Kapten pasukan, PIYA. Jika Piya dapat aura permainan,'game' akan cantik dan fan akan suka akan keputusannya! Dan sebaliknya jika Piya tak 'perform'!

3. Jika pemain no 7 dimasukkan, pastinya TRW akan kehilangan rentak dan peluang disesiakan, kita semua boleh perhati dengan aksi pemain no 7! Dapat bola gentel,'pass' bola belakang dan dapat bola rebah....bagi saya pemain ini hanya sesuai untuk dimasukkan pada minit minit akhir masa tambahan atau setelah TRW selesa ngan kelebihan sekurang kurangnya 3 gol!Kesimpulan, player no 7 hanya sesuai dikekalkan bg Piala Presiden bukannya kesebelasan utama TRW!

4. Insiden Maruah Kelantan dibakar sering berlaku kebelakangan ini dikala 'fan' TRW semakin matang dan mampu mengawal kelakuan mereka.
Mungkin ini berlaku setelah 'fan' TRW berjaya menyerap dan tidak mengendah provokasi yang dilakukan 'fan' lawan,jalan terakhir; 'fan' lawan atau mereka yang berkepentingan nak provok semangat 'fan' TRW adalah dengan membakar bendera Kelantan!

5. Tindakan yang diambil persatuan bola melesia ke atas tindakan zionis 'fan' lawan yang bakar bendera Kelantan? Pastinya tiada dan akan didiamkan kerana ianya bukan dilakukan oleh 'fan' TRW! Sebaliknya sedikit kelemahan tindakan individu 'fan' TRW diberi perhatian secara besar besaran!

Persatuan Bola

6. Piala FA adalah milik Persatuan bolasepak Melesia, tetapi kenapa perlu dilangsungkan di negeri tertentu, bukannya di Stadium Nasional? Dan sebelum ini jika melibatkan team Selangor pastinya dimainkan di Shah Alam! Sepatutnya ia menjadi stadium yang berkecuali yang dipilih oleh pasukan yang layak ke 'final' atau ditetapkan di Stadium Nasional! Dan mujurlah tahun 2011 ianya akan berlangsung di Stadium Nasional Bkt Jalil! Yang biasa kita kena betulkan dan yang betul kita kena biasakan!

7. Mutu pengadilan melesia perlu dipertingkatkan. Kita boleh tengok rakaman setiap 'game' liga melesia, pengadil kita masih kurang mantap dan kadangkala dilihat tidak membawa semangat melesia tetapi semangat kenegerian! kita kena berubah dan kena matang jika nak maju ke depan! Tanggungjawab pengadil kena adil bukan berpihak dengan mana mana yang berkepentingan. Teguran mesti dijawab dengan baik. Tetapi bila pengadil dikritik tindakan berat dikenakan pada pengkritik oleh persatuan bola melesia!

8. Mutu pengulasan sukan yang dimonopoli oleh pihak tetentu juga jelas tidak profesional dimana pengulas secara jelas membuat pengulasan berat sebelah dan hanya memberi lebih perhatian kepada pasukan yang pernah disertainya,temapt asal pengulas, bukan secara total memberi pandangan ulasan yang pro bagi game yang disiarkan secara langsung!Jika 'team' yang tidak digemari, apabila dibuatkan ulasan ia akan menampakkan pengulas tersebut tidak memberi ulasan yang sempurna ke atas team negeri yang dilihat bola mengancam team pasukan kegemarannya!

9. Isu jual 'game' juga sering kedengaran sekarang, namun diperingkat nasional ianya telah dibersihkan oleh Jawatankuasa FIFA baru baru ini yang hadir membuat siasatan. Isu rasuah bola mudah saja diselesaikan; naikkan gaji serta urus secara profesional pastinya isu jual game tidak akan kedengaran/wujud. 'fan' akan terima kekalahan jika 'team' main dengan baik bukan sebaliknya!

10. Jika semua 'fan' di melesia ni profesional dan matang, tanpa perlu provok yang boleh mencetuskan tragedi,tanpa perlu bakar bendera, tanpa perlu memaki hamun dan persatuan bola melesia yang adil serta pengadil yang mantap dan pengulas sukan yang profesional, pastinya bolasepak negara akan lebih gemilang dan mampu bersaing diperingkat yang lebih tinggi lagi!

Monday, January 31, 2011

JUARA PIALA SULTAN AHMAD SHAH 2011, SHAH ALAM 29/01/2011

PIALA SUMBANGSIH SHAH ALAM 2011

The Red Warriors menang Piala Sumbangsih 2011 dan cipta sejarah lagi merangkul piala buat kali pertama.



1. Namun disebalik perlawanan tersebut terselit pelbagai halangan yang mendatang. Jurulatih kita, Sathianathan digantung 6 bulan hanya beberapa hari sebelum perlawanan bermula. Sedangkan tempoh panjang selepas menjuarai Piala Malaysia 2010 untuk sesuatu tindakan diambil terhadap Sathianathan jika sabit kesalahannya dan kesalahan tersebut adalah kesalahan berat ATAU YANG TIDAK DAPAT DIMAAFKAN. Kita negara demokrasi, bebas bersuara, namun hanya kerana mengkiritik badan bolasepak Negara tindakan tegas terus diambil. Adakah secara kebetulan tindakan pengumuman pengantungan dibuat atau ada agenda yang tersembunyi semata mata kerana jurulatih tersebut melatih untuk pasukan negeri Kelantan? Atau badan bolasepak Malaysia sememangnya lemah dalam pelaksanaan hukuman yang jelas menidakkan hak pasukan The Red Warriors dan bertindak mengikut telunjuk atau emosi individu tertentu dalam badan gabungan tersebut?

2. Tiga bekas pemain Kelantan yang jelas melanggar kontrak, namun hukuman ? Bebas! Kerana Persatuan Bolasepak Kelantan terlepas pandang peraturan (beberapa terma kecil dalam kontrak)? Menjelikkan bilamana hak/keupayaan yang akan membawa kejayaan pasukan Kelantan dinafikan. Apa jadi dengan seorang pemain botak yang menanduk kepala kepada pemain lawan tahun lepas? Tindakan? Lepas! Sebab? Pemain tersebut bukan bermain untuk The Red Warriors! Sedangkan bintang bolasepak dunia Zinade Zidane pun kena tindakan keras FIFA!

3. Persatuan Bolasepak Malaysia mungkin lupa, siapa yang menghidupkan secara tidak langsung nadi bolasepak Negara. Yup, penyokong Kelantan, di setiap venue stadium bilamana pasukan wira merah menentang lawan, stadium akan dipenuhi penyokong setia dari seluruh pelusuk negeri untuk menyaksikan perlawanan tersebut. Siapa yang untung? Persatuan bolasepak Malaysia dan pengurusan stadium negeri yang untung bila pendapatan dijana dari penjualan tiket yang dibeli oleh penyokong Kelantan! Ini fakta yang harus diterima. Bukan setakat jualan tiket, tetapi barang pasukan juga yang laris. Siapa yang untung sebenarnya? Pengeluar,peniaga dan masyarakat setempat juga yang menikmatinya hasilnya!




29 JANUARI 2011

A. Pada malam sebelum perlawanan Piala Sultan Ahmad Shah, orang kuat persatuan bolasepak Selangor ditemuramah secara langsung dalam siaran media utama Negara, TV3 memaklumkan langkah pencegahan keselamatan akan dipertingkat setingginya. Diwar warkan semasa masuk stadium, tiket akan di’scan’ oleh pengurusan stadium dan pemeriksaan badan dibuat untuk langkah pencegahan keselamatan. Saya hadir pada malam tersebut namun hanya tiket dikutip dan dikoyak salinannya. Mana pemeriksaan badan dibuat? Tiada! Dan bilamana adanya lemparan mercun, penyokong dipersalahkan sedangkan tindakan pencegahan tidak dibuat! Hanya omongan kosong!

B. Persatuan bola Malaysia sememangnya tidak belajar dari setiap insiden yang berlaku, hanya tindakan diambil selepas malapetaka berlaku barulah sibuk mencanang tindakan keras yang akan diambil. Penjualan botol minuman atau peralatan makanan yang boleh digunakan untuk dijadikan objek balingan masih dijual berleluasa di dalam stadium dan bila berlaku sebarang insiden, penyokong terutamanya penyokong Kelantan terus dipersalahkan!

C. Kami penyokong setia The Red Warriors pun tidak gemar dengan sokongan ganas seperti pergaduhan dan balingan mercun yang membahayakan penyokong sendiri namun apa tindakan pencegahan yang dibuat? Hanya sekadar cakap kosong orang kuat persatuan bola sahaja yang melarang dan kononnya langkah pencegahan akan dibuat! Siasat dan semak seadilnya sebelum hukuman dijatuhkan bukannya kedengaran suara yang terus menyalahkan semua penyokong setia The Red Warriors! Sedangkan hanya wujud sekelompok golongan yang gemar mencipta suasana kecoh di stadium. Apa tindakan persatuan bola negeri tuan rumah semasa menentang Kelantan yang menggunakan pancaran laser untuk mengganggu tumpuan penjaga gawang Negara? Pastinnya tindakan menangguhkan perlawanan akan dibuat jika pancaran laser tersebut dilakukan oleh penyokong Kelantan!

D. Harga tiket sentiasa dinaikan pada perlawanan utama jika menentang pasukan Kelantan, namun kami penyokong setia tidak mengganggap itu halangan untuk hadir tetapi menyedihkan apabila tempat duduk yang disediakan hanya sekadar memenuhkan bucu stadium sedangkan penyokong tuan rumah diberikan kedudukan yang baik. Sepatutnya kedudukan diagih sama rata dari segi kesesuaian dan keselesaan. Harga tiket pun sama tiada kurangnya! Nasib kita penyokong setia The Red Warriors sentiasa dinafikan sedang sumbangan kita kepada kemajuan bolasepak Negara adalah pada tahap tertinggi.

E. Ayuh orang Malaysia dan persatuan bolasepak seluruh Negara agar kita sama sama membuang unsur negative dalam memberi sokongan kepada pasukan bola kita agar kita semua penyokong boleh sentiasa bersikap matang dalam member sokongan terbaik kepada pasukan negeri kita semua.

F. Kepada semua orang yang mempunyai kedudukan tinggi dalam persatuan bola Malaysia, tunjukkan sikap profesionalisme dalam mengurus bolasepak kita. Buang segala prasangka kenegerian dan sebarang sikap yang boleh menyebabkan pasukan dan penyokong pasukan negeri yang lain dihujani dengan pelbagai masalah yang tidak sepatutnya wujud dalam memastikan kegemilangan bolasepak Malaysia berterusan, dulu,kini dan selamanya!

Apa jua fahaman politik kita asingkan tetapi kita sebagai penyokong bolasepak 1 Malaysia perlu lebih terbuka dan maju dalam menikmati keupayaan pasukan bolasepak seluruh negeri di negara ini dan InsyaAllah jika kita semua boleh menerima kebangkitan bolasepak tempatan dan mengenepikan sikap individualistik, pastinya bolasepak Malaysia akan menuju puncak sepertimana yang kita semua idamkan!

KADIR POKYA@KERRE DACASCOS
PENYOKONG SETIA LIGA MALAYSIA DAN THE RED WARRIORS
ANTI KEGANASAN BOLASEPAK DAN ANTI MERCUN

Monday, January 3, 2011

BOLASEPAK NEGARA MENUJU KEGEMILANGAN?

BOLASEPAK NEGARA MENUJU KEGEMILANGAN?


Bolasepak Negara kembali menjadi sebutan setelah sekian lama menjadi kutukan dan kejian penyokong selepas memenangi kejuaraan Piala Dunia Edisi Asean (AFF Suzuki CUP).

Pemain pemain Negara kini menerima bermacam macam jenis imbuhan seperti wang ringgit, rumah, tanah, pingat dan bermacam jenis ganjaran yang akan dikurniakan oleh kerajaan dan peminat sendiri.

1. Namun harus diingat, pemain tidak boleh terlalu leka dengan kejayaan ini sehinggakan akan membantutkan/merencat kejayaan lain yang harus ditempuhi pada masa mendatang sekiranya mereka masih terbawa kejayaan menjuarai AFF Suzuki Cup. Mereka mesti kembali ke alam nyata.

2. Mereka semua kini menjadi bintang dan diminati oleh semua orang tak kira apa jua kedudukan. Pastinya golongan artis wanita tanahair juga akan cuba mendekati mereka dengan populariti mereka yang telah sebaris dengan selebriti tanah air atau mungkin lebih baik. Dan jika ini berlaku pastinya akan mengundang musibah kepada pemain bintang yang baru memulakan penghijrahan kejayaan dalam arena bolasepak negara dan antarabangsa.

3. Banyak kes terdahulu yang melibatkan pemain bintang negara yang tempang apabila mereka turut sama dalam bidang keglameran dan mereka mula bermain dan berkasih atau berkahwin dengan para artis tanah air. Contoh terdekat boleh dilihat dengan kewujudan dua pemain utama negara yang bila mana berkawin dan berkasih dengan artis seringkali mudah mengalami kecederaan dan memberi masalah kepada skuad utama negara. Mereka menjadi sensitif,masalah rumahtangga dan masalah kecederaan fizikal yang berlarutan. Ya, betul ajal dan maut di tangan tuhan,itu adalah pasti namun diharap perkara bermain atau berpacaran dengan artis dapat dielakkan pastinya akan meningkatkan lagi prestasi pemain memberi sumbangan bermakna kepada negara.

4. Kecuali matlamat pemain bolasepak Negara menjadi bintang semata mata untuk berdampingan dengan selebriti tanahair! Banyak contoh pemain bola negara hanyut bila terjebak dengan dunia artis ini dan akhirnya membawa kejatuhan kepada mereka. Sayang, bilamana bakat yang ada tidak diperguna sebaiknya.

5. Pemain bintang juga kini menjadi buruan kelab terkemuka antarabangsa seperti Khairul Fahmi, Safee Salee, Thalaha dan Safiq Rahim. Namun sedarkah mereka ini hanya kelab dari Indonesia dan Vietnam sahaja yang mengemukakan tawaran rasmi? Sedangkan taraf kelab tersebut adalah sama dan mungkin pasukan dari Liga Malaysia lebih baik!

6. Sepertimana saranan YTM Tengku Mahkota Pahang,Timbalan Presiden FAM, pemain lebih digalak berhijrah ke Jepun atau Korea kerana bolasepak negara tersebut berada dikedudukan yang lebih baik dalam rangking dunia dan pemain mereka juga lebih bertaraf dunia! Atau jika mereka ditawar untuk bermain Liga Eropah atau yang setaraf.

7. Kalau setakat ke kelab Indonesia lebih baik mereka kekal dalam liga tempatan dan ‘demand’ sedikit gaji yang lebih tinggi pengurusan kelab tempatan yang pastinya lebih berkemampuan! Atau itu mungkin tindakan mereka yang berstrategi untuk membalas dendam? Pemain kita dipilih tetapi di 'cold storage'kan sebagai pemain simpanan dan dibiarkan tercedera bila bermain yang akhir memberi kerugian kepada negara apabila pemain berkebolehan tercedera buat jangkamasa panjang akibat bermain di Indonesia atau negara Asean yang lain! ASTRO dah taja RM220 juta, satu nilai yang besar yang pastinya akan memberi perubahan besar kepada suasana bolasepak negara!

8. Cuma yang agak membanggakan bilamana terdapat pemain dari Eropah (Rio Ferdinand) dan pengurusnya (Alex Ferguson)yang dikatakan berminat dengan kemahiran penjaga gol negara Khairul Fahmi. Namun ianya akan lebih bermakna jika ia benar benar terjadi dan disusuli dengan tawaran rasmi kelab terkemuka Eropah yang lain.(Untuk makluman laman web www.man-united.co.nr adalah laman yang direka oleh anak tempatan yang tidak memberi apa apa makna sekadar hiburan semata. )http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0103&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_04.htm

9. Khairul Fahmi selepas ini perlu lebih fokus dan membuktikan kebolehan beliau bukan hanya seketika tetapi bakal menjadi lagenda penjaga gol tanahair yang dihormati dan disegani diperingkat antarabangsa, disamping kepuasan diri yang sekaligus akan mengangkat martabat negara diperingkat yang lebih tinggi. Itupun jika saiz fizikal Fahmi tidak menjadi pertikaian jika dibanding dengan pemain Eropah yang lain dan diberi peluang bersaing di sana.

Kita masih ada banyak lagi perlawanan yang mesti berakhir dengan kejayaan. Dan yang paling hampir adalah pusingan kelayakan Olimpik menentang Pakistan Februari nanti. Bersediakan pasukan kita atau masih terbawa kejayaan Juara Piala AFF Suzuki yang pastikan akan berbalas dengan cacian dan kejian jika bukan kejayaan yang dihasilkan kerana terlalu leka dengan sedikit kejayaan!

Buktikan Dengan Kejayaan Yang Berterusan....!

VIVA FOREVER!

Thursday, December 16, 2010

HPV

DIPETIK DARI ARTIKEL SEORANG RAKAN YG DIRASAKAN PERLU DIKONGSI BERSAMA......


Cuba kita fahami dulu beberapa perkara mengenai HPV sebelum mengambil 3 kali (kenapa 3?) suntikan tersebut.




1. What is HPV?



HPV (human papillomavirus) is a virus that is common in the United States and around the world and can cause cancer and genital warts. HPV is spread through sexual contact. There are about 100 types of HPV. HPV is the major cause cervical cancer in women and is also associated with several other types of cancer in both men and women. (Source: http://depts.washington.edu/hhpccweb/article-detail.php?ArticleID=340&ClinicID=17)



HPV ini adalah virus yang merebak melalui hubungan seks lebih-lebih lagi seks rambang (promiscuous)



Persoalan kita nak tanya : adakah anda tergolong dalam golongan yang buat seks tanpa nikah, seks rambang atau seks bebas?





2. Why is HPV vaccine recommended for girls 11 to 12 years of age?



It is important for girls to get HPV vaccine before they become sexually active. The vaccine is most effective for girls/women who get vaccinated before their first sexual contact. It does not work as well for those who were exposed to the virus before getting the vaccine. However, most women will still benefit from getting the vaccine because they will be protected against other virus types contained in the vaccine. (Source: http://depts.washington.edu/hhpccweb/article-detail.php?ArticleID=340&ClinicID=17)



Dengan jelas di sini kenapa perlu diberi kepada seawal usia remaja. Supaya apabila mereka melakukan seks (dah tentu tak kahwin), mereka akan dapat diselamatkan. Apa sebenarnya yang mereka nak ajar, iaitu supaya kita juga rosak seperti mereka. Mereka di sini merujuk kepada Barat yang memang sistem mereka sudah rosak, remaja seawal usia sudah melakukan seks bebas. Adakah ini yang kita nak bawa dan ajarkan di Malaysia? Terang-terang mereka ingin menolak taqdir Allah jika melakukan dosa iaitu cuba melawan ketentuan Allah yang akan menurunkan bala/bencana berupa penyakit jika melakukan dosa terutama dosa berkaitan dengan seks.



Sebab itu kita ada hukum yang Allah tentukan bagi pelaku seks tanpa nikah ini, 'rawatan' atau vaksinnya sudah ada. Tetapi orang Yahudi yang mengawal industri pharmaceutical tetap mahu membuat 'ubat' untuk melawan ketentuan Allah yang menurunkan bala/bencana berbentuk penyakit kepada pelaku dosa dan maksiat.



Link berikut ini adalah sebagai bahan bacaan ringan bagi pengamal perubatan yang anti-jew. (http://www.bamboo-delight.com/Anti-Jew%20Medicine.htm)



Yang mudah untuk dibaca lagi, senarai kekuatan jews who run the world. (http://www.goodnewsaboutgod.com/studies/political/jews/jews_run_world.htm)



3. Can HPV be treated?



There is no treatment for HPV. But there are treatments for the health problems that HPV can cause, such as genital warts, cervical cell changes, and cancers caused by HPV. (Source: http://depts.washington.edu/hhpccweb/article-detail.php?ArticleID=340&ClinicID=17)



Persoalan kita : terang-terang tulis HPV tidak boleh dirawat. Sekadar untuk menghilang problem daripada HPV. sahlah, memang tiada rawatan seperti AIDS, hanya 'rawatan' daripada Allah sahaja yang mampu menyelesaikan masalah-masalah yang dilakukan oleh tangan-tangan manusia itu sendiri.



4. Will girls/women be protected against HPV and related diseases, even if they don’t get all three doses?



It is not yet known how much protection girls/women would get from receiving only one or two doses of the vaccine. For this reason, it is very important that girls/women get all three doses of the vaccine. (Source: http://depts.washington.edu/hhpccweb/article-detail.php?ArticleID=340&ClinicID=17)



Persoalan kita : kenapa kelakar sangat kajian dalam ilmu farmasi ini. Tak tahu berapa banyak protection yang dapat jika 1 atau 2 dos sahaja yang didapatkan. Oleh itu, reasonnya untuk dapat full protection, kena 3 dos... bukan ke ada unsur2 penipuan dan ketidakbijakan di situ..



5. Study Reveals Serious HPV Vaccine Problems: Fainting, Blood Clots, Death Among Risks.



Kajian telah dibuat dan report serta tulisan juga boleh di'google' di Internet mengenai perkara ini. Ada ulasan dan laporan daripada pesakit sendiri termasuk juga jawapan daripada doktor untuk mempertahan vaksin ini. Even, ada yang MATI, yang mengandung daripada 42 orang, 18 samaada keguguran atau abnormalities. Sedikit saya sharekan link di bawah:



a. http://www.naturalnews.com/027017_HPV_HPV_vaccine_blood.html

b. http://articles.cnn.com/2008-07-07/health/cervical.cancer.vaccine_1_hpv-vaccine-gardasil-cervical-cancer?_s=PM:HEALTH

c. http://www.cbsnews.com/stories/2008/07/07/earlyshow/health/main4236581.shtml

d. http://www.usatoday.com/news/health/2008-08-20-hpv-QnA_N.htm

e. http://realchoice.blogspot.com/2007/09/more-hpv-vaccine-problems.html

f. http://realchoice.blogspot.com/2007/09/more-hpv-vaccine-problems.html

g. http://www.sarahiduponline.com/?p=138 --> pandangan ibu kenapa anaknya tidak perlu mendapatkan vaksin



6. SMS daripada kawan saya seorang Dr. yang sedang giat melakukan kajian demi kajian mengenai masalah semasa masyarakat dan salah satunya mengenai pemakanan dan ubatan dan kajian-kajian lapangan berkaitan isu masyarakat. SMS dia berbunyi begini setelah saya bertanya melalui sms pandangan beliau mengenai HPV:



"Tidak digalakkan dan mempunyai kesan jangka panjang sangat besar mudharatnya, proses tarbiah akhlak kepada remaja adalah jalan yang perlu diutamakan, bahan yang digunakan adalah dalam kategori virus yang sememang dicipta oleh Allah swt sebagai sifat pemusnah, manakah kita mampu mengubahnya, inilah cara Yahudi mendidik kita agar melawan ketetapan Allah swt dan mengenepi perintahNya. Hampir semua negara maju telah mengharamkan penggunaannya termasuk singapura, hong kong, amerika, uk dan banyak lagi... kalau ada anak2 atau saudara nasihatkan mereka agar tidak melakukan perkara yang sia2 malah mudharat.."



7. Oleh kerana data-data di atas boleh dipertikaikan, tetapi kita jangan lupa, Allah Maha Mengetahui dan Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk hambaNya. Bala/bencana berupa penyakit kerana akibat daripada tangan-tangan manusia seperti maksud Firman Allah di dalam surah Ar-Rum ayat 41:



"Telah nyata pelbagai kerosakan di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oIeh tangan manusia, (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan kepada mereka sebahagian daripada balasan perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)".



(Resource :http://www.jais.gov.my/index.php?option=com_content&task=view&id=992&Itemid=1)



Dan kita boleh fahami bahawa bala bencana tidak mengenal pelaku dosa atau mereka yang amalnya soleh seperti Firman Allah di dalam surah Al-Anfal ayat 25:



"Dan peliharalah diri kamu daripada (berlakunya) dosa (yang membawa bala bencana) yang bukan sahaja akan menimpa orang yang zalim di kalangan kamu secara khusus, (tetapi akan menimpa kamu secara umum). Ketahuilah bahawa Allah Maha Berat azab-Nya".



(Resource :http://www.jais.gov.my/index.php?option=com_content&task=view&id=992&Itemid=1)



8. "Yang telah menciptakan kamu lalu menyempurnakan kejadianmu dan menjadikan (susunan tubuh)mu seimbang, dalam bentuk apa saja yang Dia kehendaki, Dia menyusun tubuhmu." - Surah Al-Infithaar: Ayat 7-8



"Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya." - Surah Al-Tin: Ayat 4



Biarlah kita kembali kepada fitrah ciptaan kita yang sempurna, tidak perlu ditokok tambah. Mereka yang menokok tambah bahan untuk kita ambil dan masukkan dalam tubuh berupa kajian saintifik yang cuba-cuba untuk melawan ketentuan Allah, kerana mereka adalah pelaku maksiat dan berdosa dan tahu bahawa penyakit dan bencana akan datang, mereka tahu tetapi masih cuba untuk melawan juga Allah, tanpa ingin kembali dan merujuk kepada Allah.





9. Akhir sekali, bagi saya, sebagai orang yang beriman kepada Allah, keyakinan kita kepada agama dan petunjuk serta hidayah Allah merupakan penyelamat kepada semua masalah dunia hari ini. Kita ada akal, kita dikurniakan pemikiran yang tajam, duduk di dalam universiti, seharusnya mampu berfikir apakah sebenarnya yang terjadi kepada dunia kini, siapa dalang di sebalik setiap masalah, dan terlebih penting lagi, kenapa kita tidak merujuk kitab agung iaitu Al-Quran dan sunnah Rasul (hadith Rasulullah) sebagai bahan kajian untuk setiap permasalahan yang kita sendirikan timbulkan. Termasuk juga apa yang berada di persekitaran universiti ini.



Segala salah silap, penulisan yang bercampur-aduk dengan sedikit kefahaman saya dan penulisan tidak formal ini, mohon maaf. Semoga ada sedikit manfaat dapat dikongsi dan diambil iktibar atau jika ada yang berminat hendak meneruskan carian untuk mendapat kebenaran, semoga Allah memberikan taufik dan hidayahNya kepada kita serta menghindarkan kita daripada keburukan diri kita sendiri.



"Ya Allah Ya Tuhan Kami, Ilhamkanlah Bagi Kami Petunjuk, Dan Engkau Lindungilah Kami daripada Kejahatan /Keburukan Diri Kami Sendiri"



wallaahua'lam. wassalaam.

Wednesday, October 27, 2010

PRESTASI ATAU KONTROVERSI FINAL PIALA MALAYSIA 2010

FINAL PIALA MALAYSIA 2010 – PRESTASI ATAU KONTROVERSI?


Apa semua ni? Bilamana pasukan bolasepak Kelantan menuju ke puncak kegemilangan pelbagai hukuman yang jelas tidak adil dikenakan kepada pasukan tersebut. Insiden pasukan lain selain Kelantan tidak langsung diberi liputan hanya yang melibatkan Kelantan sahaja yang dicop tak bertamadun dan senegatif ayat dilontarkan untuk mengutuk walaupun sekecil perbuatan.

1. Sathia, Ketua jurulatih Kelantan dijatuhkan hukuman serta merta hanya kerana sedikit komen yang tidak langsung memberi kerugian dari segi kewangan kepada FAM. Mana kebebasan bersuara rakyat Malaysia yang mempunyai kepakaran dalam bidang masing masing? Mungkin pada masa depan semua yang berkaitan Kelantan hanya perlu jawab ‘no comment’.



2. Insiden hantuk kepada pemain emas Selangor- Baharom,tiada tindakan dikenakan sehingga sekarang. Sedangkan pemain antarabangsa Perancis Zinade Zidane pun dikenakan hukuman?Hebat sangatkah Pemain botak itu?





3. Tiket Final Piala Malaysia dinaikkan atas justifikasi prestij dan perbandingan tiket menonton EPL pun tinggi? Langsung tiada asas kukuh perbandingan dibuat. Dari segi pendapatan perkapita pun sudah jauh bezanya tetapi diterima sebagai asas menaikkan harga?- Atau mungkin untuk mengurangkan kehadiran penyokong? Namun penyokong Kelatan tetap akur kerana wang bukan halangan untuk menunjukkan sokongan padu kepada pasukan.

Atau mungkin wujud tangan tangan ajaib yang mengatur setiap insiden yang boleh memberi keuntungan pada pihak lain ke atas kegemilangan bolasepak Kelantan yang telah menyumbang banyak dana kepada mereka mereka yang terlibat?

Lupakah atau butakah persatuan bolasepak Negara atas sumbangan langsung yang diberi oleh penyokong setia Kelantan dan KAFA sendiri?

a. Setiap venue yang melibatkan pasukan Kelantan dipenuhi sekurang-kurangnya 10,000 penyokong setia jika bermain diluar Kelantan yang menjana sekurang kurang RM100,000 untuk satu perlawanan?



b. Di Stadium Sultan Muhd ke IV pun menjana sekurang kurangnya RM240,000 setiap game yang sekaligus membantu pengurusan bolasepak negeri menjana hasil?



c. Denda yang dibayar oleh KAFa yang mencecah ratusan ribu setahun atas kesilapan yang ditanggung akibat karenah pemain dan penyokong?



d. Peningkatan hasil jualan yang diterima peniaga sepanjang perlawanan mana mana pasukan menentang Kelantan disetiap negeri. Peniaga makanan minuman,cenderahati dan pelbagai barangan lain.


e. Walaupun kesilapan timbul akibat kelemahan pengurusan stadium lawan namun Kelantan masih perlu berkongsi bayaran denda seperti contoh insiden perlawanan Selangor VS Kelantan tempoh hari di Shah Alam. Kenapa semasa perlawanan di stadium Sultan Muhd ke 4 dan bilamana berlaku insiden akibat provokasi pihak penyokong lawan dan pihak berkuasa,hanya KAFA sahaja yang dikenakan denda.? Insiden ditempat lain hanya didiamkan?

Bilamana tiket akhir mula dijual yang sepatutnya semalam 26 Oktober 2010 di SSM4, Pihak KAFA menaikan kepada RM40 (pakej bersama bendera yang dijual) penonton mula merungut kerana ia agak tinggi dan mungkin sedikit membebankan dengan mengambilkira kos perjalanan yang akan ditampung penyokong setia yang akan memeriahkan venue Bukit Jalil 30 Oktober nanti.

Isu keselamatan tidak perlu dipertikaikan jika semua pihak mengambil langkah pencegahan awal dan semua penyokong tidak perlu risau kerana Negara kita mempunyai undang undang dan pasukan keselamtan yang baik jika mereka menjalankan tugas dengan sempurna seperti yang termaktub dalam spesifikasi tugas pasukan keselamatan;

I. Perlawanan suku akhir kedua Kelantan VS Selangor, tiada insiden buruk berlaku kerana kawalan ketat oleh pasukan keselamatan.



II. Perlawanan separuh akhir ke dua Kelantan VS Kedah tiada insiden kerana kawalan ketat dan pemeriksaan badan secara mnyeluruh dibuat dan tiada barangan terlarang yang lolos ke dalam stadium.



III. Larangan jualan makanan dan minuman di dalam stadium yang membolehkan peralatan makanan dijadikan objek lontaran juga akan mampu mengekang insiden yang tidak selesa berlaku.

Namun kerjasama semua persatuan bolasepak Malaysia khususnya FAM yang perlu bersifat lebih profesional dan bebas akan menghasilkan kualiti bolasepak yang baik untuk Negara yang sekaligus tidak memihak atau berkepentingan akan membantu bolasepak Malaysia menuju kegemilangan dan standing dengan bolasepak antarabangsa. Atas semangat 1 Malaysia jika ini dapat diterap pastinya akan melancarkan lagi bolasepak Malaysia bergerak pantas menuju puncak kegemilngan seperti tahun terdahulu dan akan datang!


SALAM 1 MALAYSIA DAN SATU TAKBIR!



Dacascos @ Kadirpokya

Peminat

Liga Malaysia dan The Red Warriors

Anti Mercun dan Keganasan Bolasepak