Lama tul tak menulis selepas jadi juara Piala Sumbangsih ni...namun setiap 'game' yang melibatkan TRW tidak pernah ditinggalkan dan hampir setiap 'game' di SSM4 tak pernah ketinggalan cuma satu dua 'game' yang berlangsung hari selasa je yang tidak dapat hadir.
Hasil pemerhatian sepanjang Liga dan Piala FA berlangsung sehingga 22 Mei 2011, beberapa catatan dapat dibuat
The Red Warriors
1. Kelantan tewas ngan jaringan besar iaitu 4-3 ngan TTEAM, 4-0 ngan Perak- kesimpulan,kalau tewas, tewas ngan jaringan besar! Namun masih kebal tanpa tewas di SSM4.
2. Secara keseluruhan 'game' TRW akan dipengaruhi dengan Kapten pasukan, PIYA. Jika Piya dapat aura permainan,'game' akan cantik dan fan akan suka akan keputusannya! Dan sebaliknya jika Piya tak 'perform'!
3. Jika pemain no 7 dimasukkan, pastinya TRW akan kehilangan rentak dan peluang disesiakan, kita semua boleh perhati dengan aksi pemain no 7! Dapat bola gentel,'pass' bola belakang dan dapat bola rebah....bagi saya pemain ini hanya sesuai untuk dimasukkan pada minit minit akhir masa tambahan atau setelah TRW selesa ngan kelebihan sekurang kurangnya 3 gol!Kesimpulan, player no 7 hanya sesuai dikekalkan bg Piala Presiden bukannya kesebelasan utama TRW!
4. Insiden Maruah Kelantan dibakar sering berlaku kebelakangan ini dikala 'fan' TRW semakin matang dan mampu mengawal kelakuan mereka.
Mungkin ini berlaku setelah 'fan' TRW berjaya menyerap dan tidak mengendah provokasi yang dilakukan 'fan' lawan,jalan terakhir; 'fan' lawan atau mereka yang berkepentingan nak provok semangat 'fan' TRW adalah dengan membakar bendera Kelantan!
5. Tindakan yang diambil persatuan bola melesia ke atas tindakan zionis 'fan' lawan yang bakar bendera Kelantan? Pastinya tiada dan akan didiamkan kerana ianya bukan dilakukan oleh 'fan' TRW! Sebaliknya sedikit kelemahan tindakan individu 'fan' TRW diberi perhatian secara besar besaran!
Persatuan Bola
6. Piala FA adalah milik Persatuan bolasepak Melesia, tetapi kenapa perlu dilangsungkan di negeri tertentu, bukannya di Stadium Nasional? Dan sebelum ini jika melibatkan team Selangor pastinya dimainkan di Shah Alam! Sepatutnya ia menjadi stadium yang berkecuali yang dipilih oleh pasukan yang layak ke 'final' atau ditetapkan di Stadium Nasional! Dan mujurlah tahun 2011 ianya akan berlangsung di Stadium Nasional Bkt Jalil! Yang biasa kita kena betulkan dan yang betul kita kena biasakan!
7. Mutu pengadilan melesia perlu dipertingkatkan. Kita boleh tengok rakaman setiap 'game' liga melesia, pengadil kita masih kurang mantap dan kadangkala dilihat tidak membawa semangat melesia tetapi semangat kenegerian! kita kena berubah dan kena matang jika nak maju ke depan! Tanggungjawab pengadil kena adil bukan berpihak dengan mana mana yang berkepentingan. Teguran mesti dijawab dengan baik. Tetapi bila pengadil dikritik tindakan berat dikenakan pada pengkritik oleh persatuan bola melesia!
8. Mutu pengulasan sukan yang dimonopoli oleh pihak tetentu juga jelas tidak profesional dimana pengulas secara jelas membuat pengulasan berat sebelah dan hanya memberi lebih perhatian kepada pasukan yang pernah disertainya,temapt asal pengulas, bukan secara total memberi pandangan ulasan yang pro bagi game yang disiarkan secara langsung!Jika 'team' yang tidak digemari, apabila dibuatkan ulasan ia akan menampakkan pengulas tersebut tidak memberi ulasan yang sempurna ke atas team negeri yang dilihat bola mengancam team pasukan kegemarannya!
9. Isu jual 'game' juga sering kedengaran sekarang, namun diperingkat nasional ianya telah dibersihkan oleh Jawatankuasa FIFA baru baru ini yang hadir membuat siasatan. Isu rasuah bola mudah saja diselesaikan; naikkan gaji serta urus secara profesional pastinya isu jual game tidak akan kedengaran/wujud. 'fan' akan terima kekalahan jika 'team' main dengan baik bukan sebaliknya!
10. Jika semua 'fan' di melesia ni profesional dan matang, tanpa perlu provok yang boleh mencetuskan tragedi,tanpa perlu bakar bendera, tanpa perlu memaki hamun dan persatuan bola melesia yang adil serta pengadil yang mantap dan pengulas sukan yang profesional, pastinya bolasepak negara akan lebih gemilang dan mampu bersaing diperingkat yang lebih tinggi lagi!
No comments:
Post a Comment