BOLASEPAK NEGARA MENUJU KEGEMILANGAN?
Bolasepak Negara kembali menjadi sebutan setelah sekian lama menjadi kutukan dan kejian penyokong selepas memenangi kejuaraan Piala Dunia Edisi Asean (AFF Suzuki CUP).
Pemain pemain Negara kini menerima bermacam macam jenis imbuhan seperti wang ringgit, rumah, tanah, pingat dan bermacam jenis ganjaran yang akan dikurniakan oleh kerajaan dan peminat sendiri.
1. Namun harus diingat, pemain tidak boleh terlalu leka dengan kejayaan ini sehinggakan akan membantutkan/merencat kejayaan lain yang harus ditempuhi pada masa mendatang sekiranya mereka masih terbawa kejayaan menjuarai AFF Suzuki Cup. Mereka mesti kembali ke alam nyata.
2. Mereka semua kini menjadi bintang dan diminati oleh semua orang tak kira apa jua kedudukan. Pastinya golongan artis wanita tanahair juga akan cuba mendekati mereka dengan populariti mereka yang telah sebaris dengan selebriti tanah air atau mungkin lebih baik. Dan jika ini berlaku pastinya akan mengundang musibah kepada pemain bintang yang baru memulakan penghijrahan kejayaan dalam arena bolasepak negara dan antarabangsa.
3. Banyak kes terdahulu yang melibatkan pemain bintang negara yang tempang apabila mereka turut sama dalam bidang keglameran dan mereka mula bermain dan berkasih atau berkahwin dengan para artis tanah air. Contoh terdekat boleh dilihat dengan kewujudan dua pemain utama negara yang bila mana berkawin dan berkasih dengan artis seringkali mudah mengalami kecederaan dan memberi masalah kepada skuad utama negara. Mereka menjadi sensitif,masalah rumahtangga dan masalah kecederaan fizikal yang berlarutan. Ya, betul ajal dan maut di tangan tuhan,itu adalah pasti namun diharap perkara bermain atau berpacaran dengan artis dapat dielakkan pastinya akan meningkatkan lagi prestasi pemain memberi sumbangan bermakna kepada negara.
4. Kecuali matlamat pemain bolasepak Negara menjadi bintang semata mata untuk berdampingan dengan selebriti tanahair! Banyak contoh pemain bola negara hanyut bila terjebak dengan dunia artis ini dan akhirnya membawa kejatuhan kepada mereka. Sayang, bilamana bakat yang ada tidak diperguna sebaiknya.
5. Pemain bintang juga kini menjadi buruan kelab terkemuka antarabangsa seperti Khairul Fahmi, Safee Salee, Thalaha dan Safiq Rahim. Namun sedarkah mereka ini hanya kelab dari Indonesia dan Vietnam sahaja yang mengemukakan tawaran rasmi? Sedangkan taraf kelab tersebut adalah sama dan mungkin pasukan dari Liga Malaysia lebih baik!
6. Sepertimana saranan YTM Tengku Mahkota Pahang,Timbalan Presiden FAM, pemain lebih digalak berhijrah ke Jepun atau Korea kerana bolasepak negara tersebut berada dikedudukan yang lebih baik dalam rangking dunia dan pemain mereka juga lebih bertaraf dunia! Atau jika mereka ditawar untuk bermain Liga Eropah atau yang setaraf.
7. Kalau setakat ke kelab Indonesia lebih baik mereka kekal dalam liga tempatan dan ‘demand’ sedikit gaji yang lebih tinggi pengurusan kelab tempatan yang pastinya lebih berkemampuan! Atau itu mungkin tindakan mereka yang berstrategi untuk membalas dendam? Pemain kita dipilih tetapi di 'cold storage'kan sebagai pemain simpanan dan dibiarkan tercedera bila bermain yang akhir memberi kerugian kepada negara apabila pemain berkebolehan tercedera buat jangkamasa panjang akibat bermain di Indonesia atau negara Asean yang lain! ASTRO dah taja RM220 juta, satu nilai yang besar yang pastinya akan memberi perubahan besar kepada suasana bolasepak negara!
8. Cuma yang agak membanggakan bilamana terdapat pemain dari Eropah (Rio Ferdinand) dan pengurusnya (Alex Ferguson)yang dikatakan berminat dengan kemahiran penjaga gol negara Khairul Fahmi. Namun ianya akan lebih bermakna jika ia benar benar terjadi dan disusuli dengan tawaran rasmi kelab terkemuka Eropah yang lain.(Untuk makluman laman web www.man-united.co.nr adalah laman yang direka oleh anak tempatan yang tidak memberi apa apa makna sekadar hiburan semata. )http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0103&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_04.htm
9. Khairul Fahmi selepas ini perlu lebih fokus dan membuktikan kebolehan beliau bukan hanya seketika tetapi bakal menjadi lagenda penjaga gol tanahair yang dihormati dan disegani diperingkat antarabangsa, disamping kepuasan diri yang sekaligus akan mengangkat martabat negara diperingkat yang lebih tinggi. Itupun jika saiz fizikal Fahmi tidak menjadi pertikaian jika dibanding dengan pemain Eropah yang lain dan diberi peluang bersaing di sana.
Kita masih ada banyak lagi perlawanan yang mesti berakhir dengan kejayaan. Dan yang paling hampir adalah pusingan kelayakan Olimpik menentang Pakistan Februari nanti. Bersediakan pasukan kita atau masih terbawa kejayaan Juara Piala AFF Suzuki yang pastikan akan berbalas dengan cacian dan kejian jika bukan kejayaan yang dihasilkan kerana terlalu leka dengan sedikit kejayaan!
Buktikan Dengan Kejayaan Yang Berterusan....!
VIVA FOREVER!
No comments:
Post a Comment