FINAL PIALA MALAYSIA 2010 – PRESTASI ATAU KONTROVERSI?
Apa semua ni? Bilamana pasukan bolasepak Kelantan menuju ke puncak kegemilangan pelbagai hukuman yang jelas tidak adil dikenakan kepada pasukan tersebut. Insiden pasukan lain selain Kelantan tidak langsung diberi liputan hanya yang melibatkan Kelantan sahaja yang dicop tak bertamadun dan senegatif ayat dilontarkan untuk mengutuk walaupun sekecil perbuatan.
1. Sathia, Ketua jurulatih Kelantan dijatuhkan hukuman serta merta hanya kerana sedikit komen yang tidak langsung memberi kerugian dari segi kewangan kepada FAM. Mana kebebasan bersuara rakyat Malaysia yang mempunyai kepakaran dalam bidang masing masing? Mungkin pada masa depan semua yang berkaitan Kelantan hanya perlu jawab ‘no comment’.
2. Insiden hantuk kepada pemain emas Selangor- Baharom,tiada tindakan dikenakan sehingga sekarang. Sedangkan pemain antarabangsa Perancis Zinade Zidane pun dikenakan hukuman?Hebat sangatkah Pemain botak itu?
3. Tiket Final Piala Malaysia dinaikkan atas justifikasi prestij dan perbandingan tiket menonton EPL pun tinggi? Langsung tiada asas kukuh perbandingan dibuat. Dari segi pendapatan perkapita pun sudah jauh bezanya tetapi diterima sebagai asas menaikkan harga?- Atau mungkin untuk mengurangkan kehadiran penyokong? Namun penyokong Kelatan tetap akur kerana wang bukan halangan untuk menunjukkan sokongan padu kepada pasukan.
Atau mungkin wujud tangan tangan ajaib yang mengatur setiap insiden yang boleh memberi keuntungan pada pihak lain ke atas kegemilangan bolasepak Kelantan yang telah menyumbang banyak dana kepada mereka mereka yang terlibat?
Lupakah atau butakah persatuan bolasepak Negara atas sumbangan langsung yang diberi oleh penyokong setia Kelantan dan KAFA sendiri?
a. Setiap venue yang melibatkan pasukan Kelantan dipenuhi sekurang-kurangnya 10,000 penyokong setia jika bermain diluar Kelantan yang menjana sekurang kurang RM100,000 untuk satu perlawanan?
b. Di Stadium Sultan Muhd ke IV pun menjana sekurang kurangnya RM240,000 setiap game yang sekaligus membantu pengurusan bolasepak negeri menjana hasil?
c. Denda yang dibayar oleh KAFa yang mencecah ratusan ribu setahun atas kesilapan yang ditanggung akibat karenah pemain dan penyokong?
d. Peningkatan hasil jualan yang diterima peniaga sepanjang perlawanan mana mana pasukan menentang Kelantan disetiap negeri. Peniaga makanan minuman,cenderahati dan pelbagai barangan lain.
e. Walaupun kesilapan timbul akibat kelemahan pengurusan stadium lawan namun Kelantan masih perlu berkongsi bayaran denda seperti contoh insiden perlawanan Selangor VS Kelantan tempoh hari di Shah Alam. Kenapa semasa perlawanan di stadium Sultan Muhd ke 4 dan bilamana berlaku insiden akibat provokasi pihak penyokong lawan dan pihak berkuasa,hanya KAFA sahaja yang dikenakan denda.? Insiden ditempat lain hanya didiamkan?
Bilamana tiket akhir mula dijual yang sepatutnya semalam 26 Oktober 2010 di SSM4, Pihak KAFA menaikan kepada RM40 (pakej bersama bendera yang dijual) penonton mula merungut kerana ia agak tinggi dan mungkin sedikit membebankan dengan mengambilkira kos perjalanan yang akan ditampung penyokong setia yang akan memeriahkan venue Bukit Jalil 30 Oktober nanti.
Isu keselamatan tidak perlu dipertikaikan jika semua pihak mengambil langkah pencegahan awal dan semua penyokong tidak perlu risau kerana Negara kita mempunyai undang undang dan pasukan keselamtan yang baik jika mereka menjalankan tugas dengan sempurna seperti yang termaktub dalam spesifikasi tugas pasukan keselamatan;
I. Perlawanan suku akhir kedua Kelantan VS Selangor, tiada insiden buruk berlaku kerana kawalan ketat oleh pasukan keselamatan.
II. Perlawanan separuh akhir ke dua Kelantan VS Kedah tiada insiden kerana kawalan ketat dan pemeriksaan badan secara mnyeluruh dibuat dan tiada barangan terlarang yang lolos ke dalam stadium.
III. Larangan jualan makanan dan minuman di dalam stadium yang membolehkan peralatan makanan dijadikan objek lontaran juga akan mampu mengekang insiden yang tidak selesa berlaku.
Namun kerjasama semua persatuan bolasepak Malaysia khususnya FAM yang perlu bersifat lebih profesional dan bebas akan menghasilkan kualiti bolasepak yang baik untuk Negara yang sekaligus tidak memihak atau berkepentingan akan membantu bolasepak Malaysia menuju kegemilangan dan standing dengan bolasepak antarabangsa. Atas semangat 1 Malaysia jika ini dapat diterap pastinya akan melancarkan lagi bolasepak Malaysia bergerak pantas menuju puncak kegemilngan seperti tahun terdahulu dan akan datang!
SALAM 1 MALAYSIA DAN SATU TAKBIR!
Dacascos @ Kadirpokya
Peminat
Liga Malaysia dan The Red Warriors
Anti Mercun dan Keganasan Bolasepak
No comments:
Post a Comment