PIALA SUMBANGSIH SHAH ALAM 2011
The Red Warriors menang Piala Sumbangsih 2011 dan cipta sejarah lagi merangkul piala buat kali pertama.
1. Namun disebalik perlawanan tersebut terselit pelbagai halangan yang mendatang. Jurulatih kita, Sathianathan digantung 6 bulan hanya beberapa hari sebelum perlawanan bermula. Sedangkan tempoh panjang selepas menjuarai Piala Malaysia 2010 untuk sesuatu tindakan diambil terhadap Sathianathan jika sabit kesalahannya dan kesalahan tersebut adalah kesalahan berat ATAU YANG TIDAK DAPAT DIMAAFKAN. Kita negara demokrasi, bebas bersuara, namun hanya kerana mengkiritik badan bolasepak Negara tindakan tegas terus diambil. Adakah secara kebetulan tindakan pengumuman pengantungan dibuat atau ada agenda yang tersembunyi semata mata kerana jurulatih tersebut melatih untuk pasukan negeri Kelantan? Atau badan bolasepak Malaysia sememangnya lemah dalam pelaksanaan hukuman yang jelas menidakkan hak pasukan The Red Warriors dan bertindak mengikut telunjuk atau emosi individu tertentu dalam badan gabungan tersebut?
2. Tiga bekas pemain Kelantan yang jelas melanggar kontrak, namun hukuman ? Bebas! Kerana Persatuan Bolasepak Kelantan terlepas pandang peraturan (beberapa terma kecil dalam kontrak)? Menjelikkan bilamana hak/keupayaan yang akan membawa kejayaan pasukan Kelantan dinafikan. Apa jadi dengan seorang pemain botak yang menanduk kepala kepada pemain lawan tahun lepas? Tindakan? Lepas! Sebab? Pemain tersebut bukan bermain untuk The Red Warriors! Sedangkan bintang bolasepak dunia Zinade Zidane pun kena tindakan keras FIFA!
3. Persatuan Bolasepak Malaysia mungkin lupa, siapa yang menghidupkan secara tidak langsung nadi bolasepak Negara. Yup, penyokong Kelantan, di setiap venue stadium bilamana pasukan wira merah menentang lawan, stadium akan dipenuhi penyokong setia dari seluruh pelusuk negeri untuk menyaksikan perlawanan tersebut. Siapa yang untung? Persatuan bolasepak Malaysia dan pengurusan stadium negeri yang untung bila pendapatan dijana dari penjualan tiket yang dibeli oleh penyokong Kelantan! Ini fakta yang harus diterima. Bukan setakat jualan tiket, tetapi barang pasukan juga yang laris. Siapa yang untung sebenarnya? Pengeluar,peniaga dan masyarakat setempat juga yang menikmatinya hasilnya!
29 JANUARI 2011
A. Pada malam sebelum perlawanan Piala Sultan Ahmad Shah, orang kuat persatuan bolasepak Selangor ditemuramah secara langsung dalam siaran media utama Negara, TV3 memaklumkan langkah pencegahan keselamatan akan dipertingkat setingginya. Diwar warkan semasa masuk stadium, tiket akan di’scan’ oleh pengurusan stadium dan pemeriksaan badan dibuat untuk langkah pencegahan keselamatan. Saya hadir pada malam tersebut namun hanya tiket dikutip dan dikoyak salinannya. Mana pemeriksaan badan dibuat? Tiada! Dan bilamana adanya lemparan mercun, penyokong dipersalahkan sedangkan tindakan pencegahan tidak dibuat! Hanya omongan kosong!
B. Persatuan bola Malaysia sememangnya tidak belajar dari setiap insiden yang berlaku, hanya tindakan diambil selepas malapetaka berlaku barulah sibuk mencanang tindakan keras yang akan diambil. Penjualan botol minuman atau peralatan makanan yang boleh digunakan untuk dijadikan objek balingan masih dijual berleluasa di dalam stadium dan bila berlaku sebarang insiden, penyokong terutamanya penyokong Kelantan terus dipersalahkan!
C. Kami penyokong setia The Red Warriors pun tidak gemar dengan sokongan ganas seperti pergaduhan dan balingan mercun yang membahayakan penyokong sendiri namun apa tindakan pencegahan yang dibuat? Hanya sekadar cakap kosong orang kuat persatuan bola sahaja yang melarang dan kononnya langkah pencegahan akan dibuat! Siasat dan semak seadilnya sebelum hukuman dijatuhkan bukannya kedengaran suara yang terus menyalahkan semua penyokong setia The Red Warriors! Sedangkan hanya wujud sekelompok golongan yang gemar mencipta suasana kecoh di stadium. Apa tindakan persatuan bola negeri tuan rumah semasa menentang Kelantan yang menggunakan pancaran laser untuk mengganggu tumpuan penjaga gawang Negara? Pastinnya tindakan menangguhkan perlawanan akan dibuat jika pancaran laser tersebut dilakukan oleh penyokong Kelantan!
D. Harga tiket sentiasa dinaikan pada perlawanan utama jika menentang pasukan Kelantan, namun kami penyokong setia tidak mengganggap itu halangan untuk hadir tetapi menyedihkan apabila tempat duduk yang disediakan hanya sekadar memenuhkan bucu stadium sedangkan penyokong tuan rumah diberikan kedudukan yang baik. Sepatutnya kedudukan diagih sama rata dari segi kesesuaian dan keselesaan. Harga tiket pun sama tiada kurangnya! Nasib kita penyokong setia The Red Warriors sentiasa dinafikan sedang sumbangan kita kepada kemajuan bolasepak Negara adalah pada tahap tertinggi.
E. Ayuh orang Malaysia dan persatuan bolasepak seluruh Negara agar kita sama sama membuang unsur negative dalam memberi sokongan kepada pasukan bola kita agar kita semua penyokong boleh sentiasa bersikap matang dalam member sokongan terbaik kepada pasukan negeri kita semua.
F. Kepada semua orang yang mempunyai kedudukan tinggi dalam persatuan bola Malaysia, tunjukkan sikap profesionalisme dalam mengurus bolasepak kita. Buang segala prasangka kenegerian dan sebarang sikap yang boleh menyebabkan pasukan dan penyokong pasukan negeri yang lain dihujani dengan pelbagai masalah yang tidak sepatutnya wujud dalam memastikan kegemilangan bolasepak Malaysia berterusan, dulu,kini dan selamanya!
Apa jua fahaman politik kita asingkan tetapi kita sebagai penyokong bolasepak 1 Malaysia perlu lebih terbuka dan maju dalam menikmati keupayaan pasukan bolasepak seluruh negeri di negara ini dan InsyaAllah jika kita semua boleh menerima kebangkitan bolasepak tempatan dan mengenepikan sikap individualistik, pastinya bolasepak Malaysia akan menuju puncak sepertimana yang kita semua idamkan!
KADIR POKYA@KERRE DACASCOS
PENYOKONG SETIA LIGA MALAYSIA DAN THE RED WARRIORS
ANTI KEGANASAN BOLASEPAK DAN ANTI MERCUN
No comments:
Post a Comment