Wednesday, September 7, 2011

KEMPEN PIALA MALAYSIA

PIALA MALAYSIA – IMPAK PASUKAN BOLA SEPAK KELANTAN

Kehadiran Pasukan Kelantan atau The Red Warriors selepas dijenamakan semula dalam kancah bolasepak Malaysia banyak memberi impak kepada perjalanan bolasepak Negara jika dilihat secara positif.

Ini dibantu dengan kehadiran penyokong TRW yang semakin bertambah dari hari ke hari. Dan apa yang membanggakan penyokong TRW bukan sahaja dari negeri Kelantan sendiri tetapi datang dari negeri lain diluar Kelantan. Rantaian penyokong TRW boleh dikatakan ada diseluruh Malaysia dengan stadium stadium di sekitar Kuala Lumpur menjadi seolah-olah stadium rasmi kedua Kelantan selepas Stadium Sultan Muhd ke 4 di Kota Bharu. Kelab Peminat TRW juga juga telah tumbuh dengan pelbagai nama yang dicipta semata mata memberi sokongan yang tak berbelah bahagi. Kehadiran peminat Kelantan sentiasa melebih 5 ribu orang di stadium diluar Kelantan!

Aura

Aura TRW dilihat menjadi sebutan dan hamper disetiap negeri di Malaysia yang menjadi pasukan lawan TRW di stadium masing masing akan dipenuhi penyokong yang sebelum ini tidak mahu atau berat untuk turun menyaksikan perlawanan pasukan bolasepak negeri masing masing. Namun bilamana kehadiran TRW menjadi pasukan lawan negeri berkenaan stadium dihidupkan semula dengan puluhan ribu penyokong yang turun semata mata ingin melihat pasukan negeri mereka menentang pasukan TRW dan pastinya harapan mereka ingin melihat pasukan negeri masing masing menumbangkan pasukan TRW!

Anak jati TRW yang merantau dinegeri yang berkenaan pastinya menjadi penyokong pertama yang akan turun mendapatkan tiket untuk menyaksikan pasukan kesayangan TRW beraksi dan memberi kepuasan bilamana kemenangan dipihak TRW terutamanya bila kemenangan dengan jumlah jaringan yang besar.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/RedWarriorstepatiramalan/Article

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0907&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_03.htm

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Kijanggarang/Article/index_html

Untung

Siapa yang untuk sebenarnya? Pastinya Fan TRW akan tersenyum puas menyaksikan kesebelasan utama bermain dengan baik dan jika tidak pasukan TRW akan diberi sedikit teguran namun sokongan tidak pernah luntur. KAFA pastinya tersenyum lebar bila kutipan tiket mancapai sasaran dan mungkin lebih asalkan tiada insiden seperti balingan mercun yang akan mengurangkan pendapatan KAFA kerana membayar denda dan insiden negative yang meberi kesan kepada kantung Persatuan Bolasepak Kelantan.

Jika bermain diluar Kelantan siapa yang untung?

1. Pemilik kapalterbang MAS, Airasia, firefly
2. Syarikat BAS dan pengangkutan awam yang lain
3. Penjual barangan sukan,jersey TRW dan peralatan sukan pasukan negeri
4. Pemilik hotel
5. FAM
6. Pengurusan stadium negeri
7. Negeri yang menjadi tuan rumah menentang TRW (Pelancongan)
8. Peniaga tempatan (makanan,minuman,etc)
9. Pemilik parking berbayar
10. Pemilik media,surat khabar, Media elektronik
11. Penaja pasukan
12. Pengusaha minyak petrol
13. Klinik swasta
14. Persatuan bolasepak negeri
15. LHDN/KWSP
16. Semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung

Anak tiri

Namun pasukan TRW,khususnya fan TRW sentiasa dianaktirikan bilamana berlaku sesuatu insiden,kita terus didenda dan diabaikan segala kebajikan sedangkan sumbangan TRW,KAFA, Fan TRW seluruh rakyat Kelantan serta Bapa Pembangunan Bolasepak Moden Kelantan, YBhg Tan Sri Anuar Musa, yang menjadi pencetus kepada kebangkitan bolasepak Negara.!
Kita akan semuanya sejahtera jika semua pihak adil dan professional dalam pengurusan bolasepak Negara dalam memastikan kita semua mendapat manfaat hasil daripada kebangkitan bola sepak Negara yang cuba dicetuskan oleh pasukan dari pantai timur ini. Satu suara, satu matlamat dan Satu Bolasepak…Gomo Kelate Gomo

No comments:

Post a Comment