Tak habis habis dengan mengempur pusat urut yang menawarkan khidmat seks. Dah digempur berpuluh kali pun masih beroperasi. Ada ‘back up’ ke pemilik pusat urut ini semua?
Dan hampir diseluruh negara banyak lagi tempat tempat hiburan haram yang masih beroperasi seperti cyber café tanpa lesen, pusat mesin kuda, pusat snuker haram, kedai ekor haram dan banyak lagi premis haram yang masih beroperasi dengan tenangnya tanpa gangguan mana-mana pihak berkuasa. Jika ada pun diserbu namun tetap dibuka semula seawal keesokan harinya selepas serbuan!
Lokasi pusat seks atau pusat/premis yang menyediakan hiburan haram perlu dikaji dan disemak, semua perkara yang berkaitan lokasi perlu diteliti sedalamnya, kenapa masih berani buka, adakah permintaan tinggi atau sememangnya ia perlu dibuka?
Tukang urut warga asing? Terlalu terbukakah negara kita ini dalam menerima kemasukan warga asing? Hampir setiap hari kedengaran paparan berita tangkapan warga asing seperti wanita China, Mongolia, Indonesia, Thailand dan banyak negara asing yang lain. Senang sangatkah memasuki negara ini? Terlalu kayakah negara kita ini? Atau ada unsur utama yang lain yang menyebabkan mereka semua ini mudah masuk ke Negara ini.?
Unsur yang dimaksudkan adalah unsur rasuah. Mana penguatkuasaan keselamatan dan pihak berkuasa yang lain kita.?Tak cukup kakitangan? Gaji pasukan keselamatan sentiasa meningkat tapi kenapa masih berlaku warga asing mudah memasuki negara? Saya yakin jika penguatkuasaan tegas dan sentiasa berterusan, kadar kemasukan warga asing yang memasuki negara untuk tujuan negative atau jenayah dapat dikurangkan. Perairan,sempadan, ruang udara dan tanah kononnya sentiasa berada dalam kawalan pihak berkuasa yang sentiasa memantau dan dipertahan kedaulatannya, tapi kenapa negara ini terlalu mudah dibolosi?
Akta pemerdagangan manusia baru sahaja diperketatkan, tapi mengapa masih berlaku pemerdagangan manusia ini?Huh! Satu persoalan yang cukup subjektif untuk dibicarakan. Dimana mana pelusuk negara ini tiada satu tempat pun yang tidak kelihatan warga asing samada yang masuk secara halal mahupun yang haram. Kadang kadang nak berjalan kat negara sendiri pun terasa macam tinggal kat Jakarta ataupun Bangledesh!
No comments:
Post a Comment