Hari ni kita tengok dalam paparan berita utama, beberapa buah negara Eropah dilanda bencana banjir yang amat dasyat dan ada negara yang selepas 80 tahun baru sekali lagi dilanda musibah sebegitu besar. Bumi makin tertekan dengan perbuatan manusia sendiri sehinggakan tidak lagi mampu menahan limpahan air yang tiba tiba menimpa bumi..
Teringat dengan kenyataan Tun Mahathir beberapa bulan lalu berhubung kemelesetan ekonomi berganda yang bakal dialami negara Eropah menjelang penghujung tahun 2010. Semestinya kesan banjir ini akan menjadi titik mula kemelesetan ekonomi dengan mengambilkira perbelanjaan untuk membaik pulih prasarana yang pastinya merencat perancangan asal ekonomi negara terbabit.
Kekadang terfikir hebatnya kekuasaan Allah yang tidak dapat disangkal, bilamana Allah menurunkan sedikit musibah untuk peringatan, pastinya tiada sesiapa dimuka bumi ini mampu menahannya sebaliknya perlu pasrah dan redha. Kalau Negara kuasa besar gah dengan kekuatan teknologinya terutama peralatan perang yang canggih dan diperakukan yang terhebat, namun bilamana Allah memberi sedikit ujian maka mengelupurlah mereka yang menangisi kehebatan yang diagungkan. Sesungguhnya kuasa Allah itu Maha Sempurna yang tiada tolok bandingnya. Subhanallah.
8 OGOS 2010, 10.45P.M
No comments:
Post a Comment