Monday, August 9, 2010

PTK (Siri I)

Penilaian Tahap Kecekapan (PTK), relevan ke? Kos tinggi untuk PTK. Contoh kos; kos berkursus PTK, 2 minggu (kos pengangkutan,hotel/lojing,elaun makan etc), kos bayar pengubal soalan, kos menduduki PTK, kos menyemak jawapan PTK dan beberapa lagi kos samada yang berkait langsung atau tidak langsung dengan PTK. Bukankah ini meningkatkan perbelanjaan kerajaan?


Walaupun tidak dapat naik pangkat tapi kenaikan gaji atau anjakan gaji tetap berlaku. Sedangkan jika urusan kenaikan pangkat sistem lama hanya berdasarkan rekomendasi ketua yang melibatkan kos naik gaji yang seiring dengan kenaikan pangkat sekitar 200-450 ringgit Malaysia sahaja!

Bukan mempertikai kebolehan atau keupayaan tenaga muda tetapi pengalaman dan kepakaran orang lama juga harus diambilkira. Jika tiada orang lama pastinya orang baru pun tidak dapat merasai kenikmatan yang diciptakan hasil perjuangan orang lama. Motivasi pegawai lama yang cekap dan efisyen akan turun.

Bagi badan berkanun, ada pegawai yang dilantik terus ke jawatan tinggi bernombor genap atas kepakaran mereka walaupun peraturan kerajaan untuk jawatan tinggi yang genap nombornya adalah berasaskan atau untuk kenaikan pangkat. Ada yang pegawai yang dilantik terus ke jawatan tinggi tanpa perlu melalui PTK pun dan terus dilantik untuk menggubal soalan PTK! Menduduki peperiksaan pun tak pernah tetapi terlibat dengan penyediaan soalan PTK? Oooo mereka ada kepakaran yang khas. Ramai sangat atau hebat sangatkah kepakaran mereka itu? Boleh dicabar?

Sistem kenaikan pangkat SSB lebih sesuai kot? PTK perlu dimansuh?

2 comments:

  1. Kadang-kadang memeriksa bukan ikut point yang dijawab tapi ambil sambil lewa bg markah pukul rata. Ada juga yang buat skema berdasrkan calon jawab...skema buat dulu atau exam org jawab, ciluk idea dan buat skema...:)
    Bagaimana org yang x amik PTK diberi status penggubal dan pemeriksa...kata kepimpinan melalui tauladan...dia mesti amik n berpengelaman baru boleh diberi kelayakan..ini terbalik...ayam dulu ker telur dulu...renung2kan

    ReplyDelete
  2. Ha ha ha...Kalu dah peraturan buatan manusia inilah jadinya....Hukum Allah juga yg sempurna..Subhanallah..

    ReplyDelete