Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Umatku telah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka. Bau mulut daripada seorang Islam yang berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi. Ikan-ikan di lautan memohon istighfar (keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa".
Allah mempersiapkan serta menghiasi jannah yang khas setiap hari dan kemudian berfirman kepadanya: "Masanya telah hampir tiba bilamana hamba-hambaKu yang taat akan meninggalkan segala halangan-halangan yang besar (di dunia) dan akan mendatangimu."
Pada bulan ini syaitan-syaitan yang durjana dirantaikan supaya tidak menggoda mereka ke arah maksiat-maksiat yang biasa mereka lakukan pada bulan-bulan selain Ramadhan. Pada malam terakhir Ramadhan (orang-orang yang berpuasa ini) akan diampunkan." Maka sahabat-sahabat Rasulullah SAW pun bertanya: "Wahai Pesuruh Allah, adakah itu malam lailatul Qadar?" Dijawab oleh Rasulullah SAW: "Tidak, tetapi selayaknya seorang yang beramal itu diberi balasan setelah menyempurnakan tugasnya."
Fajar ramadhan datang menjelang,
Mengajak kita meraih keampunan,
Mohon bukakan pintu kemaafan,
Untuk segala khilaf dan kesalahan,
Bulan ramadhan bulan keberkahan,
Kurnia Sang Maha Penyayang buat hamba beriman,
Tolong ikhlaskan serta maafkan segala perkataan dan perbuatan yang pernah membuat luka di hati dan perasaan,
Selamat tunaikan puasa dengan segenap keikhlasan,
Semoga tuhan limpahkan cinta dan keberkahan,
Jalan kemudahan untuk segala urusan,
Agar kau raih kebahagiaan untuk hari ini dan masa depan,
Terima kasih atas segalanya,
Segala kebaikan dan ketulusan yang kau berikan padaku,
Semoga Tuhan terima ibadah puasa yang akan kita lakukan,
Serta kabulkan doa yang kita lantunkan agar ramadhan selalu tingkatkan ketakwaan dan kearifan.
Amin…
Segala puji syukur layak dipanjatkan,
bagi Tuhan pemberi kehidupan…
SELAMAT BERPUASA, SEMOGA NIKMAT RAMADHAN KALI INI DIHAYATI DENGAN PENUH KETAKWAAN. AMEEN.
kEBANYAKAN ORGANISASI MENGGUNAPAKAI BULAN RAMADHAN UNTUK MEMENDEK MASA KERJA DENGAN MEMENDEKKAN REHAT TETAPI BOLEH BALIK AWAL...PADAHAL BULAN PUASALAH BALIK MACAM BIASA,PUASA TAK HALANG UTK BEKERJA MACAM BIASA, TAPI AMALAN KITA, PUASA BALIK KEJA AWAL PADAHAL PAHALA BERLIPAT KALI GANDA BILA BEKERJA BULAN PUASA.......PATUTNYA JADUAL BALIK DIFLEKSIBELKAN,SAPA YG TAKDE KEJA BALIKLAH AWAL....
ReplyDelete