Monday, August 9, 2010

NAIK LAGI LA...

NAIK LAGI?


Minyak naik lagi dan harga gula pun ikut sama naik lagi. Temubual pemimpin pemerintah dan rakyat diperintah dibuat dan dikeluarkan di semua medium perantara yang dibenarkan. Dan temubual pihak yang tidak menyokong pemerintah didiamkan. Rakyat yang ditemubual rata rata menyokong atau bersetuju dengan kenaikan harga ini yang menggunakan terma pelarasan harga. Semua menyokong demi masa depan ekonomi Negara yang dikatakan semakin baik.

Pemimpin pemerintah memberi pelbagai penerangan kononnya harga terpaksa dinaikan demi kepentingan semua pihak untuk ‘survival’ pendapatan jangka panjang kerajaan pemerintah. Jaminan diberi bahawa harga barangan yang lain tidak akan dipengaruhi oleh pelarasan harga minyak sedangkan jika dirujuk teori ekonomi mudah ianya jelas berkadar langsung di antara harga minyak dan harga barangan yang lain. Mana mungkin ianya tidak naik? Perbandingan harga minyak negara dibandingkan dengan negara jiran yang lain seperti Singapura, Thailand dan Indonesia, sedangkan kita rakyat Malaysia akan membeli minyak di negara sendiri dan bukannya memandu ke negara tersebut untuk membuat pembelian minyak! Namun itulah hakikatnya yang menjadi jawapan bagi semua pemimpin pemerintah. Bagi pemerintah mereka tidak akan merasai keperitan menghadapi kenaikan harga minyak kerana mereka semuanya disediakan secara percuma samaada duduk dikerusi empuk kenderaan rasmi tatkala pemandu menguruskan pemanduan ke tempat yang ditujui. Paling tidak, kenderaan disiap sediakan untuk dipandu dengan minyak diisi secukupnya. Rakyat telah menyediakan kemudahan atau disediakan sesiapnya kepada pemimpin pemerintah!

Cuba lihat keadaan rakyat di pinggir negeri yang pastinya perhubungan hanya dihubung oleh kenderaan yang menggunakan minyak untuk bergerak. Contohnya 100 km untuk sampai ke tempat mendapatkan bekalan makan yang paling hampir. Kenderaan yang menggunakan minyak digunapakai oleh hampir seluruh rakyat di negara ini untuk tujuan pengangkutan mereka. Jika di Bandar rakyat pastinya digula gulakan dengan kemudahan pengangkutan awam yang efisyen sedangkan ianya hampir tidak berlaku sepertimana yang diwar warkan. Sepatutnya jika diberi perhatian mungkin kenaikan harga bahan api di Bandar ini boleh dipertimbangkan untuk pelarasan jika pengangkutan awam yang mantap dapat disediakan.!

Harga gula meningkat 25 sen atau 15% satu jumlah yang mungkin kecil bagi pemimpin pemerintah tapi merupakan jumlah yang besar bagi rakyat marhain yang memerlukan penggunaan gula dalam pemakanan seharian. Satu alasan yang agak sukar untuk diterima bila pemimpin pemerintah menjelaskan harga gula terpaksa dinaikkan bagi mengelak rakyat ditimpa penyakit kencing manis. Baru sekarang rakyat nak dijaga demi alasan menaikkan harga gula.?

Mana perginya matlamat yang diagungkan Rakyat Didahulukan?Kenapa baru sekarang kerajaan pemerintah terfikir nak menarik semua subsidi yang dinikmati oleh rakyat? Kenapa perkara ini tidak dirancang 10,20 tahun terdahulu.? Seolah olah kerajaan pemerintah dahulu lebih mampu menguruskan kebajikan rakyat berbanding kerajaan yang sediada kini? Adakah kerajaan pemerintah kini sudah kehilangan punca sehinngakan semua rakyat dibebani subsidi yang dulunya boleh dinikmati tanpa sebarang keraguan kini ditarik balik?

Seolah olah fungsi kerajaan pemerintah untuk membantu rakyat dan menyenangkan rakyat tidak lagi wujud dalam matlamat utama kerajaan mentadbir negara…

1 comment:

  1. Harga minyak di M'sia sebenarnyer jauh lebih tinggi dari Singapore,Thailand & Indonesia.Sebenarnya Rakyat telah ditipu hidup2 oleh k'jaan dlm hal ini.Di Singapore,Thai & Indon meraka menggunakan minyak petrol RON99 bukan RON97 seperti di M'sia skrg.Munasabah harga adalah lebih tinggi dari M'sia.Gred Minyak terbaik yg dijual dlm negara adalah RON98 iaitu Shell V-Power tapi skrg sudah tidak dijual lagi.sama juga kes dgn diesel yg mana di singapore adakah anda pernah melihat lori2 di sana mengeluarkan asap hitam dari ekzosnyer..? Takde kan...? Diaorg di sana hanya menggunakan minyak diesel Grade 1 bukan mcm di M'sia nih hanya menggunakan Gred 3, begitu jauh perbezaan.
    Menyentuh sedikit pasal kenaikan harga Gula baru2 ini.Adakah gula mudah didapati di mana2 kedai or supermarket skrg..? Ataupun pengguna bebas membeli sebanyak mana gula tidak hanya 2 Kg setiap org..? Isu kekurangan gula sebenarnyer tidak boleh disalahkan kepada pengeluar tapi Puncanyer adalah pihak K'jaan sendiri..!! Apa MITI dah buat..? Tok pa lebih arif pasal pemasalahan ini.Negara telah mengeksport begitu banyak gula ke luar negara, apabila keadaan ini berlaku berterusan maka pihak k'jaan akan mendapat keuntungan dari 2 sumber dgn serentak, sumber pertama adalah tentunyer datang dari negara pengimport yg membayar dgn harga yg begitu tinggi & sumber yg kedua adalah datangyer dari RAKYAT..!! Rakyat terpaksa membayar kenaikan harga gula akibat 'kecerdikkan' K'jaan yg mengurus.Bertahun2 taktik kekurangan gula digunakan oleh K'jaan kononyer masalah datang dari penyeludupan & pengeluar tapi sebenarnyer adalah datangyer dari K'jaan sendiri yg mengeskport terlalu byk ke luar negara.Inilah yg dikatakan 'Rakyat didahulukan', memang tepat sekali..Tanpa rakyat siapalah k'jaan untuk melakukan semua ini.

    ReplyDelete