Friday, August 13, 2010

DINAR ATAU MATA WANG

Dinar emas atau perak dah dikeluarkan oleh Kerajaan Kelantan!

Satu usaha yang saya rasakan bagus bagi menjamin nilai yang dimiliki oleh kedua dua barang berharga tersebut yang boleh dijadikan medium pertukaran.

Isu timbul kerana pengeluaran tersebut tak diiktiraf oleh bank pusat. Kalau pengeluaran mata wang boleh la dikawal oleh bank pusat kerana nilai matawang hanya sah diperlakukan dengan kuasa melulus dan mengeluar oleh bank pusat dengan kaedah yang termaktub.

Tapi nilai emas dan perak adalah diperakukan sah di mana mana negara dalam dunia ini hanya berasaskan turun naik harganya. Tak timbul soal ia mudah dikeluarkan atau tidak kerana nilai emas dan perak itu sendiri sudah terkandung dalam beratnya hanya perlu disahkan ketulenannya sahaja. Cerita pasal emas dan perak ni pun dah jelas terkandung dalam kitab Islam sendiri.

Simpanan nilai bagi mana mana negara di dunia ini dari segi kemampuan kewangan, nilai matawang juga berasaskan simpanan emas yang dimiliki oleh mana mana negara tersebut samada kaya atau tidak kaya.

Jadi? Negeri pembangkang dah boleh keluarkan dinar emas dan perak sebagai alat tukar barang ni yang menuju kepada konsepekonomi islamyang sebenar,cuma perlu diperluaskan sahaja. Tak salah rasanya kalau kerajaan pusat pun ikut samakan?

Kena fikir, kaji dan buat penambahbaikan bukan hanya 'condemm' sahaja.

Ramadhan AlKareem

No comments:

Post a Comment