Thursday, October 14, 2010

KEGANASAN BOLA MALAYSIA - SALAH SIAPA?

Saya merasa amat terkilan dengan liputan media cetak dan media elektronik berhubung insiden keganasan yang berlaku semasa perlawanan Selangor menentang Kelantan di Shah Alam pada 12 Oktober 2010 lalu.


Tulisan saya kali ini pastinya akan dianggap cuba membela Kelantan namun niat coretan ini jelas bagi menerangkan situasi sebenar pada malam tersebut. Sehingga ke saat ini Kelantan masih dipersalahkan. Benar tetap benar,salah tetap salah.

Saya turut hadir pada malam berkenaan dan menjadi saksi utama pada perlawanan tersebut.

1. Sememangnya diakui ada insiden balingan mercun yang dilakukan oleh penyokong Kelantan namun ianya dibalas semula oleh penyokong Selangor.Kedua dua pihak terlibat bukan hanya satu pihak sahaja.(Macamana masih ada stok bekalan mercun di pasaran,diseludup?-pihak berkuasa,kawalan?)

2. Apa yang menyedihkan bilamana penyokong Selangor mula menyerang secara fizikal dikawasan penyokong Kelantan dengan dimulakan balingan botol,cemuhan dan aksi serang menyerang oleh kedua dua penyokong. Tindakan pihak berkuasa (FRU dan Rela) hanya menghalau penyokong Selangor kembali ke tempat duduk. Patutnya tindakan tegas terus diambil. Tangkap.

3. Amat mengecewakan bilamana penyokong Selangor mencabut kerusi dan membuat balingan terkena kepala anggota RELA namun tiada tangkapan dibuat sekadar menghalau penyokong kembali ke tempat duduk. Tangkap.

4. Namun tindakan penyokong Selangor berterusan dan disaksikan oleh ribuan penonton yang hadir. Pastinya jika tindakan balingan kerusi dan mencederakan anggota keselamatan dilakukan oleh penyokong Kelantan tindakan serta merta akan diambil FAM dan pihak berkuasa namun tindakan itu tidak dilakukan kerana tidak dibuat oleh penyokong Kelantan.

5. Saya juga menyaksikan insiden balingan mercun turut dilakukan oleh segelintir penyokong Selangor yang berada disebelah kedudukan astaka VIP. Yang dapat nama penyokong Kelantan!

Pemerhatian saya pada malam tersebut yang turut memberi kesan kepada kekecohan berpanjangan bilamana hanya beberapa bil pintu sahaja yang dibuka kepada penyokong Kelantan sedangkan tiket sebanyak 32,000 keping habis terjual kepada penyokong Kelantan, ini tidak termasuk tiket yang dibeli di Shah Alam sendiri!

Saya juga mendapati sepertimana tulisan saya pada 10/11/2009 masih tiada tindakan pencegahan yang jelas untuk menghalang sebarang bentuk pelanggaran undang undang di dalam stadium sedangkan kita tahu akibatnya seperti cth:

a. Kawalan longgar pasukan keselamatan semasa menjaga pintu masuk,tiada pemeriksaan badan dilakukan. Pihak berkuasa hanya tercegat memerhati sahaja. Maknanya begitu mudah tugas menjaga keselamatan ,cukup dengan memerhati?

b. Barang makanan minuman yang boleh dijadikan alat balingan masih dibenarkan dijual di dalam stadium lepas itu penonton dipersalahkan.

c. Didapati terdapat kayu dibawa masuk untuk mengibar bendera.Terlalu mudah dibolosi?

Saya juga mendapati sepanjang hadir ke stadium Shah Alam, kawalan keselamatan hanya tertumpu di dalam semasa perlawanan dan dipersimpangan jalan sesak, tetapi dikawasan tumpuan diluar stadium hanya kawalan biasa dilakukan. Kereta yang saya naiki juga terkepong untuk ke jalan utama semasa kekecohan berlaku dan hanya selepas 15 minit barulah pasukan keselamatan tiba untuk mententeramkan keadaan. Kenapa ini berlaku dan kenapa pasukan keselamatan mengambil masa yang agak lama untuk hadir mengawal kekecohan? Jelas pada pandangan saya tiada pelan perancangan yang jelas untuk menjaga keadaan,sebelum, semasa dan selepas perlawanan? Hanya penyokong The Red Warriors sahaja yang akan merasai penghinaan dan cemuhan atas rekod yang terdahulu jika berlaku sesuatu insiden walaupun dimulakan oleh penyokong lawan.

Saya juga merasakan ketidakadilan pihak media memberi/membuat liputan yang agak berat sebelah bilamana membuat laporan seolah penyokong Kelantan sahaja yang ganas,dalam satu media elektronik ditunjukkan visual penyokong Selangor cedera di kepala tetapi penyokong Kelantan yang teruk dibelasah pihak lawan tiada sebarang visual ditunjukkan. Jika dikait insiden hentakan kepala Anuar Baharom,tiada sebarang tindakan oleh FAM dan media dikenakan kepada pemain Selangor tersebut dan pastinya tindakan keras dan segera diambil jika Anuar Baharom itu bertukar kepada mana mana pemain Kelantan sendiri!

Kita rakyat Malaysia tidak kira negeri apa sekalipun perlu bersikap professional dan berfikir sebelum bertindak. Gunakan akal sebelum  melakukan sesuatu,dan agama kita pun jelas tidak membenarkan kejahatan atau keganasan berleluasa, tambahan sesama saudara segama.

Dengan semangat 1 MALAYSIA, sekali lagi saya memohon semua pihak perlu lebih adil,telus dan matang dalam mengharungi apa jua peristiwa yang akan dan bakal berlaku dalam dunia sukan di negara ini. Jangan dihukum sebelum diteliti sesuati perkara itu sedalamnya.

1 Takbir dan Salam 1 Malaysia





Dacascos@KadirPokya

Peminat Liga Malaysia dan The Red Warriors

Anti Keganasan dan anti Mercun

6 comments:

  1. bagus sangat isu ni dikupas..meme media ni berat sebelah..saya sendiri mengaku bahawa pengwalan polis dan kakitangan stadium meme longgar..seakan macam lepas tangan jah..ada ore oyak ko pokbir,masa berlaku pergaduhan tikam menikam tus,polis hanya melihat tanpa berbuat apo2 tindakn..macam mana ni..

    ReplyDelete
  2. SY PUN G JUGA MALAM TU, PERMULAAN KEKECOHAN OLEH PEMINAT SELANGOR,TETAPI KENAPA PIHAK KESELAMATAN(FRU/RELA) HANYA MEMBIARKAN SAHAJA PENYOKONG SELANGOR BALING KERUSI DAN MERCUN DIDEPAN MATA MEREKA?.BERAT SEBELAH NAMPAK?.

    ReplyDelete
  3. KETIDAK ADILAN YANG MAHA JELAS.....

    ReplyDelete
  4. "ledakan mercun ke arah penyokong Selangor"-antara ayat2 dlm BH hari ni yg menunjukkan sikap tidak profesianal media massa yg sentiasa menyalahkan penyokong kelantan.walhal penyokong selangor juga membaling mercun ke arah penyokong kelantan, dan yg jelasnya kekecohan dimulakan oleh penyokong selangor.

    ReplyDelete
  5. bola sepak dimalaysia bkn smata2 sukan tetapi dh btukar arah kepada politik....fikir-fikir dan renungkanlah wahai sahabat..TAKBIR

    ReplyDelete
  6. hok pastinya melayu bodo blako... cino jong tepuk tange...

    ReplyDelete