Sunday, September 19, 2010

Kelantan (Siri 1)

SEJARAH PENJAJAHAN NEGARA (SIRI 1)


Pernahkah kita orang Malaysia cuba mendalami sejarah? Bukan hanya terpaksa belajar subjek sejarah sehingga berusia 17 tahun tetapi terus cuba mencari dan membongkarkan sejarah yang telah tercipta.

Cuba kita tengok sejarah penjajahan negeri negeri Tanah Melayu yang terdahulu dan kaitkan dengan sejarah yang bakal tercipta dan terpahat dalam buku sejarah kini. Negeri Melayu telah terjajah hampir ratusan tahun. Contohnya Melaka yang telah dijajah sekurang kurangnya 400 tahun lamanya. Dan pastinya semasa penjajahan asing ke atas Tanah Melayu dahulu meningalkan kesan yang amat mendalam dari segi adat resam, kebudayaan dan penghayatannya. Boleh dikatakan budaya penjajah mungkin telah sebati tersemat dan memberi kesan yang mendalam terhadap kita dari segenap segi terutamanya tingkahlaku,amalan dan sekaligus cuba mengikis penghayatan Agama Islam yang menjadi asas pegangan kita.

1. Negeri negeri Selatlah (Melaka, Pulau Pinang dan Singapura) yang paling lama terjajah dan kita boleh melihat kesannya dari segi budaya dan tingkah laku serta amalan orang orang negeri tersebut. Gaya hidup, pegangan dan tingkahlaku mungkin lebih kebaratan jika kita perhatikan. Dan budaya potugis contohnya selalu dibanggakan dari segi tinggalannya.



2. Seterusnya negeri Sabah dan Sarawak yang mana bangsa Melayu turut menjadi penduduk awalnya dan sehingga kini kesan peninggalan penjajah masih lagi berbekas bukan setakat bangunannya tetapi budaya, adat resam dan penghayatan rakyatnya.





3. Negeri Melayu bersekutu (Perak, Pahang, Negeri Sembilan, Johor, Trengganu, Selangor) menjadi negeri negeri ketiga terawal dijajah dan cuba diasingkan pegangan Islamnya oleh bangsa penjajah.



4. Dan negeri negeri Melayu tidak bersekutu (Kelantan, kedah dan Perlis) menjadi negeri terakhir dijajah selepas 1909 melalui perjanjian Bangkok dimana Siam menyerahkan autonomi kepada British. Dan negeri negeri inilah terutamanya Kelantan patut berbangga kerana hanya dijajah selama hampir 48 tahun sahaja dan kerana itulah negeri Kelantan masih utuh dan kuat pegangan agamanya. Budaya rakyat Kelantan terus teguh dan mengambil contoh mudah, dengan pengekalan slang negerinya dan kuat semangat jati dirinya. Begitunya negeri negeri Melayu tidak bersekutu lain seperti Kedah dan Perlis yang mana turut dijajah dalam tempoh yang singkat.

Saya berterima kasih kepada sahabat saya Sdr Amri , yang memberi input berhubung sejarah negeri Malaysia dan akan saya cuba dapatkan lagi sedalam mungkin berhubung sejahara negera yang patut difahami dan dihayati asasnya bagi memboleh kita benar benar sayangkan Negara kita selayaknya dan menjadi pedoman untuk kita terus menegakkan syiar Islam dibumi tercinta ini. Segala fakta sejarah akan cuba saya rungkaikan dalam tulisan yang akan datang.

1 comment:

  1. TULISAN SAYA BERKAITAN NEGERI KELANTAN INI BUKANLAH UTK MEMBANGGAKAN DIRI ATAU ASABIYAH TETAPI UNTUK DIFIKIRKAN BERSAMA JIKA MENGAMBILKIRA FAKTOR SEJARAH KEWUJUDAN NEGERI DAN SEJARAH MEMAINKAN PERANAN PENTING DALAM PERJALANAN HIDUP KITA BUKAN HANYA UTKDIPELAJARI TETAPI DIHAYATI.

    ReplyDelete