Sememangnya media cetak negara suka mempropoganda dan menimbulkan kontroversi yang boleh menghuru hara kan keadaan yang tenang.
Semalam dalam suratkhabar perdana negara mencatatkan peristiwa seolah Negeri Kelantan bakal mempunyai 2 Sultan sedangkan sepatutnya penulis berkenaan memahami Undang undang Perajaan Negeri Kelantan yang jelas tidak memperuntukkan atau membolehkan dua sultan bagi Negeri Kelantan Darulnaim ini. Sultan Ismail Petra masih lagi bersemayam dengan sihat dan hanya kesihatan baginda sahaja yang tidak membolehkan baginda menjalankan tugas rasmi baginda. Dan Tuanku Pemangku Raja akan terus menjalankan tugas sebagai Pemangku Raja yang berdaulat selama mana yang diperuntukan sehinggalah Tuanku Sultan kembali sihat atau sebaliknya. Semoga allah memanjangkan usia Tuanku dan memberi kesihatan yang baik kepada Ke bawah Duli Tuanku Al Sultan. Ampun Tuanku.
Tidak perlu warkah utama negara menjadi batu api atau penabur fitnah terutamanya penulis berkenaan yang semestinya akan mengelirukan rakyat dan sekaligus membawa prasangka yang tidak baik ke atas kesultanan Kelantan yang berdaulat ini.
Patik hamba rakyat akan sentiasa menjunjung Duli Kedua dua Ke Bawah Duli Tuanku Sultan dan Tuanku Pemangku Raja. Tuanku berdua adalah payung negeri yang mulia yang menjadi simbol kekuatan Melayu Kelantan yang gah dipersada negara dan agama Islam khususnya.
Patik sanggup bergadai nyawa demi mempertahankan Ke Bawah Duli Tuanku dan Pemangku Raja yang amat dikasih seluruh hamba rakyat di Negeri Kelantan ini. Penulis berita utama tersebut bolehlah juga sebagai petualang negeri yang patut dihina sehina hinanya.
Ampun tuanku beribu ribu ampun sembah patik harap diampun.
No comments:
Post a Comment