Pertumbuhan ekonomi sukuan negara dilaporkan meningkat 9.5 peratus dan nilai ringgit diberitakan bertambah kukuh berbanding mata wang lain di rantau ini dengan dibandingkan juga dengan penyusutan nilai dollar U.S.
Namun jika dilihat dengan keadaan sebenar negara ketika ini adakah ia mencerminkan kemampuan atau rakyat semakin senang? Dengan kenaikan harga barang yang sukar dijangka dan berubah ubah, kita tiada pilihan melainkan terpaksa menerima juga kenyataan positif seperti yang dilaporkan? Rakyat sekarang semakin banyak pilihan untuk menerima berita daripada pelbagai alternative media yang ada. Rakyat tidak lagi terkongkong dengan saluran media monopoli dan pelbagai maklumat kini boleh diperolehi dihujung jari.
Saya mengambil contoh mudah, jika ekonomi kita benar seperti diberitakan, kenapa kerajaan tidak mengumum bantuan raya kepada kakitangan awam sepertimana yang dilakukan oleh kerajaan pembangkang di Pulau Pinang? Atau mungkin boleh sekali lagi menyelaras harga minyak dengan merendahkan lagi nilainya? Sepertimana yang diberitakan minyak RON 97 akan dipasarkan mengikut harga apungan pasaran dan harga minyak tersebut berlegar sekira US$70-80 setong pada minggu lepas. Tapi tiada sebarang perubahan harga pada RON 97 yang masih kekal RM2.10!
Saya melihat rakyat semakin berhati hati untuk berbelanja ditambah dengan hari perayaan yang bakal menjelma, semua orang berbelanja dengan hati yang berat kerana terpaksa mebayar dengan harga yang lebih tinggi dengan sumber dana yang diterima cukup terhad!
WEI...TOK NAJIB DAH BG 500 WOI!CUMA LEWAT SIKIT JE....
ReplyDeletehahaha tp pasal apa lewat umum....?tgh cari fund ye?..oklah kira gomen ada duit la sikit...
ReplyDelete