Setiap hari kedengaran bayi yang lahir daripada manusia yang melakukan dosa besar dibuang setelah dibunuh dan diaibkan bayi suci tersebut dalam keadaan yang amat hina. Dalam tong sampah, longkang, loji kumbahan najis, mangkuk tandas dan banyak lagi tempat yang tidak sepatutnya.
1. Siapa yang salah sebenarnya? Rasanya semua salah terutamanya pihak yang berkuasa! Buletin 1.30 (14 Ogos 2010) tadi antara cadangan pembaca adalah hukuman sebat dikhalayak ramai dan pendapat tersebut turut menyatakan pengetahuan agama yang kurang menjadi punca.
2. Saya melihat perkara ini kerana kurangnya penguatkuasaan pihak yang berkuasa ke atas perihal agama. Hukum Islam tidak mampu dilaksanakan dan tidak cuba untuk dilaksanakan secara total.
3. Perkara yang menjadi punca gejala ‘pembenihan’ bayi ni cukup tidak terkira dengan penganjuran banyak program hiburan,percambahan pusat hiburan, pergaulan bebas muda mudi dan tahap acuan agama dalam diri muda mudi bangsa melayu khususnya. Contoh program seperti program sosial yang dianjurkan oleh sebuah rangkaian media yang terkenal ,dan disemak statistik kadar khalwat semasa program tersebut berlangsung.
4. Perbuatan bangsa kita lebih teruk daripada zaman jahiliah dulu. Entah bala apa yang akan ditimpa oleh masyarakat kita nanti?
Penyelesaian;
1. Laksana hukum Islam
2. Tutup semua pusat hiburan.
3. Penerapan Ilmu Agama wajib bagi setiap keluarga sejak awal
4. TV, media ditapis setapisnya hiburan yang tidak senonoh.
5. Pihak yang berkuasa dan keluarga memberi contoh teladan yang baik.
Satu cadangan yg mungkin boleh dipertimbangkan ataupun mesti lakukan oleh K'jaan untuk mengatasi masalah buang bayi ni.Jika semua pemegang Mykad di M'sia adalah tulen rakyat M'sia kenapa k'jaan tidak menggunakan sajer mykad tersebut untuk memasukkan data peribadi yg lengkap dgn status DNA yg disahkan oleh hospital k'jaan..? Dgn cara begini pihak berkuasa mudah mencari perlaku yg membuang bayi tersebut dalam masa yg sebegitu singkat sekali.masalah utama sekarang apakah fungsi mykad yg sangat2 dibanggakan itu..? kajian mesti dilakukan dari akar umbi bukan hanya kpd hukuman semata2 kerana hukuman adalah perkara sesudah berlaku kecuali Hukum Hudud.
ReplyDeleteSatu lagi punca yg paling penting mengenai pemasalahan buang bayi adalah datangyer dari sikap pemimpin negara sendiri..Jika pemimpin negara taat kpd perintah Allah & melaksanakan apa yg Allah perintahkan & meninggalkan apa yg dilarang nescaya aman laa negara dari segala masalah setelah diberkati oleh Allah,Insyallah.
laksana HUDUD la.
ReplyDeletehudud tu hukum dari Allah.